Sehingga sampai nanti

image

Dari butiran pasir yang halus
Di persisiran pantai
Ku kutip tiap satunya
Ku bawa dengan cermat ke hujung dunia

Tapak demi tapak
Langkah demi langkah
Setiap butir ada cerita sendirinya

Ku ulang perjalanannya
Dengan hanya sebutir tiap pusingannya

Sehingga suatu masa
Bila butir dihimpun menjadi bata
Bata dihimpun membentuk kota
Kota menyingkap berjuta ceritera
Kisah kita pelbagai rasa
Pelbagai perisa pelbagai warna

Dikala ufuk timur menjadi jingga
Dikala sumur hilang jernihnya
Lihatlah corak yang terbina
Darinya kuselit tanda
Yang mungkin tak pernah menjadi kata

Sehingga sampai waktunya nanti
Kota terlerai bata terbahagi
Butiran halus hanyut kembali
Terlerai sudah catitan memori
Moga kelak disana berjumpa lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: