Destinasi

14089318_10208762528835236_3795816334519332111_n

Stesen sunyi.
Walau zahirnya ramai yang menanti
Masing masing sibuk duduk di bangku
sambil membelek belek peranti.

Kadang kala terdengar pengumuman perjalanan
sayup sayup bergema.
Tetapi tidak diendahkan.
Mungkin paparan maklumat sudah memadai.

Masing masing ada destinasi yang dituju
Ada antaranya terzahir riak gelisah di wajah.
Mengejar waktu mungkinnya.

*     *     *     *     *

“Tren pukul 3.17 baru jalan ni kak”

Mukanya gelisah.
Sesekali mengerling jam di telefon bimbitnya.
Membisu.

“Takpelah,sabar ya kak. Beberapa minit je lagi”

Riak mukanya memandang lelaki yang agak seusia di sebelahnya itu
seperti sudah ada sedikit kepercayaan.
Berkenalan di stesen tadi agaknya.

“Minggu lepas kami baru hantar adik dia ke Mekah. Adiknya kerja dengan syarikat LRT. Kena bawa tren di sana”

Oh.Adik dia kawan kawan abg K’rill Abhar agaknya ni

“Dah dua hari akak jaga dia, tak sedar. Hari ni ingatnya nak pergi cari ustaz di Kelang minta dibuatkan air penawar”

Kini giliran lelaki itu pula membisu.

“…tapi bila dah nak balik, dapat panggilan, dia dah takda”

Nadanya seakan sebak, mata bergenang tebal.
Aku cuma memandang, sesekali menunduk.
Mengelakkan pandangan mata.

Tak tahu apa yang perlu dizahirkan.
Hanya riak wajah simpati
Yang aku sendiri tak tahu adakah ia membantu?

“..dia bukan berlumba pun. Hanya balik kerja, cari nafkah untuk keluarga.
Datang satu kereta, driver mabuk buat U turn mengejut, dia jadi mangsa”

“..kak. sabarlah. Semua ini takdir.
Sejak akak mengandungkan dia dalam perut akak dulu,
Dia dah tulis pengakhirannya begini”

“..akak redha. Biarlah.
Dari dia hidup tapi menderita, biarlah”

Kembali sunyi.
Sesekali aku lihat wajahnya berkerut menahan sedih.

..dan tiba tiba dia pandang kearah aku.

“..aunty sebenarnya tak sangka jadi macam ni.
Dulu dulu arwah ibu dan ayah aunty, kami anak anak yang hantar ke kubur.
Tak sangka aunty nak kena hantar anak aunty dulu.
Padahal aunty yang banyak penyakit..”

Dia tahu aku beri perhatian rupanya.

Kelu.
Ah. Apa nak cakap ni.

“Sabar lah aunty ye..”- ayat cliché

Kembali sunyi.
Tiada apa ungkapan yang boleh menggantikan kehilangan. Mungkin hanya sedikit gesture tanda simpati.

“Aunty,banyakkan bersabar, jalan hati hati ye”

Bingkas bangun dan keluar tren.
Destinasi aku di sini.

*     *     *     *     *

Tren kembali sunyi.
Walau zahirnya ramai disisi
Masing masing sibuk duduk di bangku
sambil membelek belek peranti.

Kadang kala terdengar pengumuman perjalanan
sayup sayup bergema.
Tetapi tidak diendahkan.
Mungkin paparan maklumat sudah memadai.

Masing masing ada destinasi yang dituju
Ada antaranya terzahir riak gelisah di wajah.

Mengejar waktu pastinya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s