aku sebuah telefon bimbit second hand..

Namaku Nokia 3310. Hidupku bermula sebagai sebuah telefon bimbit second hand apabila aku dibeli oleh seorang lelaki pertengahan umur untuk anak lelakinya. Terasa diri ini masih berharga apabila beberapa helai ringgit malaysia bertukar tangan bagi memilikiku. maka mulai hari ini aku akan bertuankan seorang remaja belasan tahun yang baru mengenal teknologi komunikasi.

Kukirakan satu permulaan yang baik kerana sejurus tibanya ku ke rumah tuanku, aku ditanggalkan satu persatu untuk dicuci dan digilap. Selepas beberapa minit, alangkah terkejutnya aku kerana aku masih boleh kelihatan seperti baru. Aku tahu dia sayangkan aku.
Tetap berlaku salah faham apabila suaraku tidak kedengaran kerana talaan bunyi yang ditetapkan rendah disangka rosak oleh tuanku.Panik seketika tuanku dibuatnya. Aku tertawa. Lucu. Namun setelah berlakunya keserasian antara kami, segala salah faham dapat diselesaikan.

Selang beberapa minggu, LEDku kian malap. Demi sayangnya tuanku kepadaku, aku dibawa ke kedai aksesori. LEDku ditukar dari kuning malap ke warna putih. Badanku juga turut ditukar ke warna putih. Baru ku tahu, dia sukakan warna putih. Aku semakin dia sayang.Hari berganti hari, aku terus berkhidmat untuk tuanku menghubungkannya ke dunia telekomunikasi.

Suatu hari yang dingin, aku terpaksa diserahkan kepada ibu tuanku.Tuanku terpaksa mengambil telefon ibunya yang rosak untuk dijual bagi membeli telefon yang lain. Aku tahu tuanku cuba melindungku dari dijual. Semenjak hari itu, hidup aku tidak sesibuk ketika bersama tuanku kerana ibunya tidak berapa pandai menggunakanku.Mana tidaknya, tulisanku pun tidak berapa nampak olehnya. Aku tidak kisah. Selagi aku masih disayangi, itu sudah lebih dari cukup.

Terdengar juga khabar angin bahawa tuanku sudah memiliki beberapa telefon yang lebih cantik dariku. Terlintas juga rasa cemburu dihati. Tetapi perasaan itu lekas hilang apabila melihatkan tuanku yang sentiasa bertanyakan khabarku setiap kali dia pulang ke rumah.

Aku bertukar tangan lagi apabila ibu tuanku berhajat untuk mendapatkan sebuah telefon bimbit yang lebih comel dariku. Aku diserahkan kepada adik bongsu tuanku. Kufikirkan agak muda dan mentah baginya untuk menggunakan dan menghargaiku. Memang tepat jangkaanku, adiknya tidak berapa sukakan ku. Aku sedar, kian hari aku semakin lemah dan tidak mampu menahan bebanan penggunaan lebih masa. Jika tidak aku akan pengsan dan perlu disedarkan semula. Lumrah hidup. Yang tua akan lemah.

Namun hidupku sebagai telefon second hand berakhir apabila adik tuanku menjualku tanpa pengetahuannya bagi mendapatkan sebuah telefon yang lain. Disaat ini aku terkenangkan detik detik manis bersama tuanku. Aku rindu saat saat itu. Tapi apakan daya, aku hanya sebuah telefon, tidak dapat menyuarakan isi hatiku (erk..tepon ade hati ker?hiperbola betol)
Selepas ini ku hanya boleh berharap hidupku sebagai telefon third hand akan bahagia seperti dulu..

Karangan autobiografi..
teringat zaman sekolah rendah
jenis karangan favorite..
huhuhu

* * * * * * * *
Dulu..

“hmm.. abang..nak telefon yang mana satu..pilihla..”
“mmm..abang rasa abang nak tepon yang second hand ni je la..murah sikit..benda sama je..”
“takpe ke yang second hand?..tak cepat rosak ke?”
“tak kut..jenis ni tahan rasenye..kengkawan abang pakai sumer ok jer”
“hmm..kalo camtu takpela..bapak belikan la yang ni..”
“hehehehe..tenkiyuu”

Haritu..

“abang..adik dah jual telefon abang yang abang bagi dia pakai tu..”
“JUAL?..apasal dia jual pulak?”
“dia nak pakai telefon lain..dia jual telefon tu..dia tambah duit dia beli yang lain”

hmm..
walaupun dah lepas, dah dimaafkan,
tapi tidak untuk lupakan,
makin hari makin segar dalam ingatan

seumur hidup aku..
setiap benda yang aku pakai, aku tak pernah jual untuk dapatkan sesuatu yang baru sebab bagi aku setiap benda tu ada sentimental valuenya tersendiri.Lagi lagi kalau benda tu pemberian orang,dan lagi sedihnya pemberian dari seseorang yang dah tiada dalam dunia ini..

Advertisements

2 thoughts on “aku sebuah telefon bimbit second hand..

  1. needless to say like your internet site but you need to check your transliteration on quite a few of your articles. Some are generally filled using punctuation troubles so i locating that very problematic frankly but I’m going to absolutely are available again all over again.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s