Destinasi

14089318_10208762528835236_3795816334519332111_n

Stesen sunyi.
Walau zahirnya ramai yang menanti
Masing masing sibuk duduk di bangku
sambil membelek belek peranti.

Kadang kala terdengar pengumuman perjalanan
sayup sayup bergema.
Tetapi tidak diendahkan.
Mungkin paparan maklumat sudah memadai.

Masing masing ada destinasi yang dituju
Ada antaranya terzahir riak gelisah di wajah.
Mengejar waktu mungkinnya.

*     *     *     *     *

“Tren pukul 3.17 baru jalan ni kak”

Mukanya gelisah.
Sesekali mengerling jam di telefon bimbitnya.
Membisu.

“Takpelah,sabar ya kak. Beberapa minit je lagi”

Riak mukanya memandang lelaki yang agak seusia di sebelahnya itu
seperti sudah ada sedikit kepercayaan.
Berkenalan di stesen tadi agaknya.

“Minggu lepas kami baru hantar adik dia ke Mekah. Adiknya kerja dengan syarikat LRT. Kena bawa tren di sana”

Oh.Adik dia kawan kawan abg K’rill Abhar agaknya ni

“Dah dua hari akak jaga dia, tak sedar. Hari ni ingatnya nak pergi cari ustaz di Kelang minta dibuatkan air penawar”

Kini giliran lelaki itu pula membisu.

“…tapi bila dah nak balik, dapat panggilan, dia dah takda”

Nadanya seakan sebak, mata bergenang tebal.
Aku cuma memandang, sesekali menunduk.
Mengelakkan pandangan mata.

Tak tahu apa yang perlu dizahirkan.
Hanya riak wajah simpati
Yang aku sendiri tak tahu adakah ia membantu?

“..dia bukan berlumba pun. Hanya balik kerja, cari nafkah untuk keluarga.
Datang satu kereta, driver mabuk buat U turn mengejut, dia jadi mangsa”

“..kak. sabarlah. Semua ini takdir.
Sejak akak mengandungkan dia dalam perut akak dulu,
Dia dah tulis pengakhirannya begini”

“..akak redha. Biarlah.
Dari dia hidup tapi menderita, biarlah”

Kembali sunyi.
Sesekali aku lihat wajahnya berkerut menahan sedih.

..dan tiba tiba dia pandang kearah aku.

“..aunty sebenarnya tak sangka jadi macam ni.
Dulu dulu arwah ibu dan ayah aunty, kami anak anak yang hantar ke kubur.
Tak sangka aunty nak kena hantar anak aunty dulu.
Padahal aunty yang banyak penyakit..”

Dia tahu aku beri perhatian rupanya.

Kelu.
Ah. Apa nak cakap ni.

“Sabar lah aunty ye..”- ayat cliché

Kembali sunyi.
Tiada apa ungkapan yang boleh menggantikan kehilangan. Mungkin hanya sedikit gesture tanda simpati.

“Aunty,banyakkan bersabar, jalan hati hati ye”

Bingkas bangun dan keluar tren.
Destinasi aku di sini.

*     *     *     *     *

Tren kembali sunyi.
Walau zahirnya ramai disisi
Masing masing sibuk duduk di bangku
sambil membelek belek peranti.

Kadang kala terdengar pengumuman perjalanan
sayup sayup bergema.
Tetapi tidak diendahkan.
Mungkin paparan maklumat sudah memadai.

Masing masing ada destinasi yang dituju
Ada antaranya terzahir riak gelisah di wajah.

Mengejar waktu pastinya

Senja

12662720_10207194945526633_2119931160242681267_n.jpg

Mentari jinga di ufuk selatan
Diserta bayang bayang awan.

Matahari pun berlabuh
Dikala maghrib nan teduh
Bersama ceritera seharian
Disambut burung burung
berkicauan berterbangan
Pulang ke antara dahan

Apa yang kau kerjakan hari ini?
Adakah lebih baik dari semalam?
Adakah esok akan menjadi lebih baik?

Mengharap rahmat Tuhan
Jangan sampai mendada ke awan
Jangan pula tunduk meraban.

Mencari

12631505_10207142311730821_8214348309022576510_n.jpg

kadangkalanya
aku seolah mencari dia.
Walaupun sudah
sepuluh tahun lamanya.

Setiap tempat
yang pernah berpalit
memori darinya
akan aku singgah
jika berkesempatan
jika direzekikan.

“Lihatlah kenangan ini…”
duduk sebentar
dan kemudian berlalu.

Bagaikan sebuah pangkalan data
yang dahagakan pembaharuan
yang terhenti sejak itu.

Notifikasi yang tanpa henti
meminta info pertambahan
yang sudah lama
tidak diterimanya.

…dan disebabkan itu
berlakunya keadaan
kegagalan pentafsiran
yang sepatutnya membawa
kepada tindakan
yang sepatut dilakukan
apabila diperlukan.

Garisnya berhenti di situ.
Kemana mahu dituju?
Ciptakanlah sendiri coraknya
dari imbasan bayangan yang ada.

Semoga selamat tiba.

Ruang. (Peringatan untuk diri)

12313708_10206829377587663_812326561894413825_n

Adakah ruang satu komoditi?

Adalah biasa apabila
kita menginginkan
sebuah kenderaan
yang besar kuasa kudanya
luas ruang penumpangnya
dengan harapan
Agar lapang sepanjang perjalanan

Adalah normal apabila
kita berkehendakan
sebuah kediaman
yang tinggi kaki perseginya,
indah seni binanya
Dengan impian
Agar lapang jiwa dan kehidupan

Ya, ada kemungkinan
ruang adalah komoditi
lebih besar lingkupnya
lebih tinggi nilainya.

Pokok pangkalnya
untuk lapang ada nilainya.

Tapi apakah yang dapat
dibandingkan nilainya dengan
lapangnya hati apabila
dapat memohon ampun
dan diampunkan
keatas dosa
terhadap seorang ibu
yang telah kita guris
hatinya saban hari?

Lapang selapang lapangnya
Damai sedamai damainya
Tenang setenang tenangnya
adakah dapat dan masih sempat
untuk kita rasa perasan itu?

Wahai kita,
Adakah kita telah menjadi
anak soleh yang sebenar benarnya?
Kerana lawan untuk soleh adalah derhaka.

 “Ya Allah, janganlah Kau golongkan kami dalam golongan anak anak derhaka, yang kau murkai dan benci dan tidak mahu mendengar daripada kami akan doa dan permohonan kami”

Sehingga sampai nanti

image

Dari butiran pasir yang halus
Di persisiran pantai
Ku kutip tiap satunya
Ku bawa dengan cermat ke hujung dunia

Tapak demi tapak
Langkah demi langkah
Setiap butir ada cerita sendirinya

Ku ulang perjalanannya
Dengan hanya sebutir tiap pusingannya

Sehingga suatu masa
Bila butir dihimpun menjadi bata
Bata dihimpun membentuk kota
Kota menyingkap berjuta ceritera
Kisah kita pelbagai rasa
Pelbagai perisa pelbagai warna

Dikala ufuk timur menjadi jingga
Dikala sumur hilang jernihnya
Lihatlah corak yang terbina
Darinya kuselit tanda
Yang mungkin tak pernah menjadi kata

Sehingga sampai waktunya nanti
Kota terlerai bata terbahagi
Butiran halus hanyut kembali
Terlerai sudah catitan memori
Moga kelak disana berjumpa lagi

Ramadhan ini

image

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini,
dengan rasa rendah diri,
Kami yg kerdil dan hina ini
memohon doa dgn penuh pengharapan
kepadaMu ya Allah
semoga Engkau sudi mendengar
permintaan kami,
kerana sesungguhnya
Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu
Ya Alim
Ajarkanlah kami yg lemah ini
untuk melihat jalan keluar
dari semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami,
yang tak mampu melihat setiap kebaikan
pada kejadian dan takdirmu.

Ya Allah..
takdirkanlah yg baik baik untuk diri kami,
janganlah kau menguji kami,
pada apa yg tidak mampu kami lalui.
Bukakanlah pintu pintu rahmatMu
untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami
dengan kesihatan yg baik
supaya dengannya
kami dpt beribadah kepadaMu.

Ya Allah..
ampunkanlah segala dosa kami,
kerana kami,
terlalu byk dosa kepadaMu ya Allah,
Kami lupa akan Engkau ketika sihat,
kami ingat padaMu bila ditimpa sakit.
Kami lupa kepadaMu ketika senang,
kami ingat padaMu bila dtg kesusahan.
Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira,
kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa.
Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia,
kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.

Justeru ya Allah,
ampunilah semua dosa kami,
berilah kekuatan kepada kami
untuk melawan hawa nafsu,
dan dunia yg sentiasa melalaikan kami,
daripada mengingatiMu ya Allah…

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami,
setiap titik susu ibu
yang mengalir dlm diri kami,
kau gantilah dgn kebajikan untuknya,
yang boleh membawanya
ke syurgaMu ya Allah.

Ya Rahman,
pada setiap keringat yg mengalir,
pada tubuh ayah kami,
dalam mcari rezki kepada keluarga kami,
Kau gantikanlah dengan keampunan
yang membawa ke syurgaMu ya Allah.

Sesungguhnya pengorbanan mereka
tidak akan mampu kami membalasnya.
Bahkan terkadang,
mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan,
sedangkan kami,
berada dlm kesenangan dan kemewahan.

Justeru,
kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami
tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah.

Ya Allah.

Kami juga memohon ampun
untuk kaum kerabat kami,
sahabat sahabat kami,
dan guru guru kami,
yang terlebih dahulu,
pergi meninggalkan kami ke alam barzakh.
Golongkanlah mereka,
dalam golongan orang orang,
yang kau redhai.

Apabila tiba pula giliran kami,
menuju barzakhMu,
maka Kau ambillah kami,
dalam keadaan yg baik baik,
dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah.

Ya Allah,
Ya Azizz.

Kurniakanlah kepada kami
jiwa yg tenang dan tenteram.
Hiasilah hati kami dgn sifat syukur,
redha, sabar, ikhlas, amanah
dan bertanggungjawab.
Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub,
riak,takabbur, fitnah, mengadu domba,
sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid,
Ya Rahman,
Ya Rahim.

Jika ada dikalangan kami,
mereka yg diuji dgn kesusahan,
maka kau bantulah mereka,
permudahkanlah urusan mereka.

Jika ada dikalangan kami,
mereka yg bersedih hati,
berikanlah ketenangan,
dan jalan keluar kpd mereka.

Jika ada dikalangan kami
sedang berhajat dgn keperluannya,
maka tunaikanlah hajat mereka,
dan cukupkanlah keperluan mereka.

Jika ada dikalangan kami,
mereka yg diuji dengan sakit,
maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah,
agar dapat beribadah bersama kami.

Jika ada dikalangan kami,
mereka yang derhaka kepada ibu bapa,
atau terkurang dlm melayani mereka,
maka kau ampunilah mereka.

Jadikanlah kami
anak anak yang taat dan berbakti.
Sesungguhnya Engkaulah tuhan
yang maha mendengar dan mengasihani.

Ya Allah
Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..
Ya Fattahu
Ya Alim…
Kurniakan kepada kami
rezeki yang halal lagi diberkati,
dan jadikanlah dengan rezeki itu,
kami semakin dekat denganMu.

Sebaliknya,
janganlah kau jadikan kami daripada golongan
yang lupa diri
setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah….
Bantulah kami
dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah  dunia kami,
yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami,
yang padanya tempat kami akan kembali,
utk selama lamanya.

Jadikanlah kehidupan kami ini
sebagai tambahan
kepada segala kebaikan pada kami,
dan jadikanlah kematian
sebagai ketenangan kepada kami
dari segala kejahatan.

Sesungguhnya
kami ingin kembali kepadaMu
dengan jiwa yg tenang.

Ya Allah
Ya zal jalali wal ikram…

Janganlah kau jadikan ramadhan ini,
sebagai yang terakhir buat kami,
temukanlah kami,
dengan Ramadhan yg akn datang.

Tetapi,
andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami
sebagai puasa yg Kau rahmati.
Jadikanlah ramadhan ini paling bererti,
penuh dengan cahaya iman,
menerangi kegelapan hati kami
menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah
Jadikanlah ramadhan ini
sebagai penghapus dosa dosa kami.

Ya Allah.
Temukanlah kami dengan lailatul qadr.
Pilihlah kami dikalangan hambaMu
yang dapat beramal di malamm al-Qadr.

Ya Allah.
Terimalah amalan kami,
terimalah taubah kami,
segala dosa kami,
amankanlah kehidupan kami,
disana nanti yg kekal abadi.
Dan kurniakanlah kepada kami
syurgamu yg maha luas

Amin ya rabbal aalamin.

..”..Kopipes..”..
Fawzan Aziz
2 Ramadhan 1435