Tips merancang kewangan bagi suami

Dipetik dari ulasan seorang penceramah di Shah Alam~

Kata isteri
“Duit suami, duit dia. Duit dia, duit dia lah!”

Takde argument untuk statement dia atas. Isu sensitif!

Tapi apa yang diulas ialah 2 tips ‘altimet’ merancang kewangan keluarga berdasarkan pandangan mata suami.

Tips 1: Jangan simpan duit not besar dalam dompet

Ini gubalan dari cerita sebenar ye tuan tuan~

Di satu hari minggu yang hening. Sedang si suami melayan TV di ruang tamu. Kedengaran penjual aiskrim lalu dan membunyikan loceng di luar rumah. Ternyata kehadiran penjual aiskrim menggugat iman anak yang berusia 5 tahun.

Lalu anak itu berkata.
“Ibu, Nini nak aiskrim~”

Terdetik di minda si isteri, dompet suaminya selaunya kalau tak dalam almari, mesti kat atas TV. Oh, atas TV rupanya. Lalu dia pergi lurus diulangi, luruuussss ke arah TV melintasi ‘orang yang sedang menonton TV’ dan mencapai dompet itu. Kelihatan hanya ada sekeping not RM50 didalamnya.

Lalu diambil duit itu, dan aiskrim RM2 bertukar tangan.

Selepas itu si suami tunggu punya tunggu punya tunggu, si isteri tak lintas lintas pun di depannya.

Malam pun berlabuh.

Tika masanya si suami ingin keluar pergi membeli barang, dibuka dompetnya.

Kosong~

Lalu bertanyalah dia kepada isterinya.

“Ayang (cewah~). Berapa harga aiskrim Nini tadi?”
“Owh. Dua ringgit abang”
“Habistu, mana 48 hengget bakinya?”
“Owh. Ada dalam handbag saya bang” sambil menjuih mulut ke arah beg tangan yang tersangkut di pintu bilik utama, yang jaraknya lagi jauh menyimpang dari TV di ruang tamu.

Maka bermuhasabah dirilah si suami.
Apakah selama ini Al-Fatihah dan doa yang dibaca – “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus” itu tak makbul?

Sama sama la kita fikirkan ye tuan tuan.

Tips 2: Jangan dicari isteri yang hilang di dalam pasaraya.

Sering terjadi, si isteri hilang di pasaraya. Al maklumlah, pasaraya itu adalah sebahagian dari syurga dunia buat isteri. Apa nak? InsyaAllah semua ada. Macam macam ada~ keghairahan mebuatkan kadang kala si isteri lupa yang dia datang bersama suaminya. Hanya kes kes yang terpencil, si isteri hilang minat terhadap pasaraya.

Namun, jika dicari, buruk padahnya. Mungkin isteri dijumpai dalam keadaan bersama troli yang sarat yang kita sendiri tahu apa puncanya.

Berlainan pula sifat isteri yang tahu suaminya tidak akan mencarinya. Pasti troli tak digunakan dengan efisyen, malah mungkin penggunaan bakul akan berlaku.

Perlu di ingat oleh suami, isteri yang hilang itu pasti akan muncul di kaunter cashier. Pasti!

Namun menunggu di kaunter cashier juga satu amalan yang tidak sihat.
Dinasihatkan, sila buat buat jawab telefon, atau berkelakuan seperti berjumpa sahabat lama jika isteri anda nampak anda di kaunter cashier. Ini adalah bagi menjamin kestabilan ekonomi rumahtangga anda.

Nota makan kaki:Tetap diingatkan, hanya lakukan langkah ini jika budget allocation belanja dapur yang sepatutnya telahpun diberikan kepada si isteri bagi mengelakkan perperangan teluk dari berlaku.

Renung renungkan dan selamat beramal~
*grin*

Leave a comment