Destinasi

14089318_10208762528835236_3795816334519332111_n

Stesen sunyi.
Walau zahirnya ramai yang menanti
Masing masing sibuk duduk di bangku
sambil membelek belek peranti.

Kadang kala terdengar pengumuman perjalanan
sayup sayup bergema.
Tetapi tidak diendahkan.
Mungkin paparan maklumat sudah memadai.

Masing masing ada destinasi yang dituju
Ada antaranya terzahir riak gelisah di wajah.
Mengejar waktu mungkinnya.

*     *     *     *     *

“Tren pukul 3.17 baru jalan ni kak”

Mukanya gelisah.
Sesekali mengerling jam di telefon bimbitnya.
Membisu.

“Takpelah,sabar ya kak. Beberapa minit je lagi”

Riak mukanya memandang lelaki yang agak seusia di sebelahnya itu
seperti sudah ada sedikit kepercayaan.
Berkenalan di stesen tadi agaknya.

“Minggu lepas kami baru hantar adik dia ke Mekah. Adiknya kerja dengan syarikat LRT. Kena bawa tren di sana”

Oh.Adik dia kawan kawan abg K’rill Abhar agaknya ni

“Dah dua hari akak jaga dia, tak sedar. Hari ni ingatnya nak pergi cari ustaz di Kelang minta dibuatkan air penawar”

Kini giliran lelaki itu pula membisu.

“…tapi bila dah nak balik, dapat panggilan, dia dah takda”

Nadanya seakan sebak, mata bergenang tebal.
Aku cuma memandang, sesekali menunduk.
Mengelakkan pandangan mata.

Tak tahu apa yang perlu dizahirkan.
Hanya riak wajah simpati
Yang aku sendiri tak tahu adakah ia membantu?

“..dia bukan berlumba pun. Hanya balik kerja, cari nafkah untuk keluarga.
Datang satu kereta, driver mabuk buat U turn mengejut, dia jadi mangsa”

“..kak. sabarlah. Semua ini takdir.
Sejak akak mengandungkan dia dalam perut akak dulu,
Dia dah tulis pengakhirannya begini”

“..akak redha. Biarlah.
Dari dia hidup tapi menderita, biarlah”

Kembali sunyi.
Sesekali aku lihat wajahnya berkerut menahan sedih.

..dan tiba tiba dia pandang kearah aku.

“..aunty sebenarnya tak sangka jadi macam ni.
Dulu dulu arwah ibu dan ayah aunty, kami anak anak yang hantar ke kubur.
Tak sangka aunty nak kena hantar anak aunty dulu.
Padahal aunty yang banyak penyakit..”

Dia tahu aku beri perhatian rupanya.

Kelu.
Ah. Apa nak cakap ni.

“Sabar lah aunty ye..”- ayat cliché

Kembali sunyi.
Tiada apa ungkapan yang boleh menggantikan kehilangan. Mungkin hanya sedikit gesture tanda simpati.

“Aunty,banyakkan bersabar, jalan hati hati ye”

Bingkas bangun dan keluar tren.
Destinasi aku di sini.

*     *     *     *     *

Tren kembali sunyi.
Walau zahirnya ramai disisi
Masing masing sibuk duduk di bangku
sambil membelek belek peranti.

Kadang kala terdengar pengumuman perjalanan
sayup sayup bergema.
Tetapi tidak diendahkan.
Mungkin paparan maklumat sudah memadai.

Masing masing ada destinasi yang dituju
Ada antaranya terzahir riak gelisah di wajah.

Mengejar waktu pastinya

Advertisements

Senja

12662720_10207194945526633_2119931160242681267_n.jpg

Mentari jinga di ufuk selatan
Diserta bayang bayang awan.

Matahari pun berlabuh
Dikala maghrib nan teduh
Bersama ceritera seharian
Disambut burung burung
berkicauan berterbangan
Pulang ke antara dahan

Apa yang kau kerjakan hari ini?
Adakah lebih baik dari semalam?
Adakah esok akan menjadi lebih baik?

Mengharap rahmat Tuhan
Jangan sampai mendada ke awan
Jangan pula tunduk meraban.

Yuki

image

Tren ke Sannomiya meluncur laju
Sesekali apabila berhenti di stesen antara bandar
Yuki jelas kelihatan
Walaupun sedikit tapi kehadirannya bermakna
Dinginya turut dirasa.

*          *          *          *          *

Aku pasang telinga
Nadanya mancam mengadu
Ekspresinya bagai sembunyikan pilu

“Maybe father not here is better” katanya

Jawapnnya bagai menjawab misteri kepulangannya ke rumah tergesa gesa dan agak ‘awal’  dari kebiasaan akhir akhir ini.

“Maybe if we can proceed this project in Malaysia better naaa…” tambah dia selepas lama membisu.

“Malaysian father, be at hime is better. Let’s propose transfer this project back to malaysia!”
Seorang kawan berseloroh dengannya.
Gelak gelak gelak..

Aku diam. Tak gelak pun.
Agak tersentuh dengar pernyataannya tadi.

*          *          *          *          *

Sebelum ini selalu aku tertanya tanya
Bila masa mereka berkeluarga?
Masuk ke pejabat di awal pagi
Pulangnya pula hampir tengah malam.
Baik ibu mahupun ayah.
Sama sahaja.

Mungkin perempuannya ada yang memilih menjadi suri rumah.
Dikala si suami kerja bagai tiada penghujungnya.
Si anak membesar entah kenal entah tidak ayahnya.

Anak anak mungkin ada yang hidup sendirinya.
Besarnya bersama guru
Matangnya bersama kawan kawan.
Dikala malam masih di jalanan

“Deorang ni mak bapak deorang tak marah ke malam malam tak balik lagi ni eh?”
Menjuih ke sekumpulan remaja berseragam sekolah di waktu yang agak lewat. Selepas isya’ mungkin keadaannya.

“Mak bapak nak marah camne? Deorang pon tak balik lagi. Kat rumah takde sape..”

No wonder..

Mungkin itulah jawapannya

Ingatlah wahai diri
Sebesar mana tanggungjawab dalam kerjaya
Besar lagi tanggungjawab besarkan seorang khalifah.
Biar sedikit hartanya,
Tapi biar berkat setiap satunya.

*          *          *          *          *

Tren ke Sannomiya meluncur laju
Sesekali apabila berhenti di stesen antara bandar
Yuki jelas kelihatan
Walaupun sedikit tapi kehadirannya bermakna
Dinginya masih terasa

Jika Ayah Tiada..

Anakku,
Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada dapur
Disitu ayah tinggalkan kedewasaan.

Anakku,
Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada bilik tidurmu
Disitu ayah tinggalkan kerinduan

Anakku,
Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada ruang tamu
Disitu ayah tinggalkan harapan

Anakku,
Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada
Lihatlah rumah kita
Disitu ayah tinggalkan cinta!

Courtesy Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin- S.I.M.S.
SIMS Menulis… dalam ratib yang panjang

May, 2009

Kenangan itu

malam yang gelita
perjalanan menuju pantai timur
ku susuri cermat agar selamat
hujan renyai masih membasahi bumi

sejuk
penghawa dingin sudah ditalakan ke minima
namun dinginnya masih menusuk dada

jarak penglihatan yang agak pendek
kadangkala membuahkan risau di jiwa
tragedi lepas menambahkan lagi gusarnya

persimpangan membuatkan aku bersuara

“bapak, ikut jalan mana satu ni..?”

aku terdiam tergamam.
bagaikan tak percaya apa yang keluar dari mulutku

Ayah mertua yang mamai menunjuk ke arah Kuala Terengganu
dan kembali ke lenanya

MasyaAllah,
rindunya aku dengan waktu dulu

Di mana letaknya hatiku?

mengapa ramai orang menjerit bila sedang dalam kemarahan?
mengapa ramai orang meninggikan suara kepada satu sama lain ketika mereka marah?

kerana kita tidak tenang, sebab itu kita menjerit..?

tapi kenapa perlu menjerit walaupun orang tersebut berada di sebelah kita?
tak bolehkah kita bercakap dengan menggunakan suara yang lemah lembut?
kenapa kena menjerit pada seseorang bila anda sedang marah?

ketika dua orang sedang marah,
jarak antara hati mereka begitu jauh
untuk mendekatkan hati mereka
mereka harus menjerit supaya suara hati mereka
dapat didengar satu sama lain

semakin mereka marah,
semakin kuat suara mereka

* * * *

kehilangan itu
telah memisahkanku dari keduanya
tiada lagi pelindung secara zahirnya
tiada lagi pendengar setia secara batinnya

bicaraku bagaikan tidak bersuara
laguku bagaikan tak berirama

dan nukilanku hanya bersarang di minda
dan di dada.

terlalu sukar untuk diutara
kerna semuanya dipandang noda

maka,
tiada lagi semuanya

prasangka telah membunuh semuanya
dan semuanya bagai menikam dada.

aku tetap cuba untuk melahirkan suasana itu semula
ternyata hanya kegagalan yang aku terima
ditambah darah muda yang kian membara

hari ini aku berteleku berdoa
berserah kepada yang Esa
ku pulangkan ujian ini kepadaNya

kerna,
ku tahu Dia maha pengasih kepada hamba-hambanya

Ya Allah,
hari ini aku menadah tangan berserah kepada Mu Ya Allah
aku berserah atas segala ujian yang Kau kurniakan kepada ku,
atas segala nikmat yang kau limpahkan kepada ku Ya Allah.

sesungguhnya aku redha dengan apa yang kau aturkan kepada ku,
dan aku tahu akan ada jalan jalan keuntungan di sisi mu Ya Allah
walaupun jalan jalan itu dipandang tewas di sisi orang lain.

“Cukuplah bagi kami ini Ya Allah,Dialah sebaik baik tempat diserahkan urusan”