Pasport ke masa silam

*Jabatan Imigresen Jalan Duta 3.40ptg.*

Ramai orang berpusu pusu masuk.
Ramai jugak yang menunggu giliran
Waktu aku masuk tadi, 2.30ptg, angka giliran diberi 1370, dan nombor semasa ialah 1263.
MasyaAllah.
Lama lagi aku nak tunggu ni.
Risau jugak kalau kalau tak sempat siap pasport hari ini. Nak kena ambil cuti lagi?
Tak berbaloi.

Satu mesej dari aplikasi whatsapp dari sahabat yang berkhidmat di jabatan imigresen putrajaya meredakan sedikit gundah di hati.

“Ko jangan risau la dude. Kalau dapat nombor giliran tu, InsyaAllah, selesai hari ni jugak. Kalau tak sempat dia tak bagi no giliran!”

Pehh. Cayalah. Tabik spring satu bagi Jabatan Imigresen dengan pengurusan yang cekap.

Habis bab satu.

Sambil sambil duduk, aku perhati keliling. Ada seorang pemuda berbangsa cina memangku anaknya. Gigi dalam 6 batang. Mungkin usianya dalam lingkungan satu tahun. Rambut yang sedikit panjang dan baju berwarna merah jambu. Harapnya biarlah bayi itu berjantina perempuan, bukannya lelaki tetapi ibu bapanya menggayakannya seakan perempuan. Lembut menyandarkan kepala ke dada ayahnya.

Fikiran melayang. Separa darinya lebih kepada teringatkan Emir yang manja dengan babahnya.

Apa agaknya sifat yang perlu ada pada seorang ayah?

*Update : 3.54ptg – no giliran -1337. Laju pulak dia*

Aku dibesarkan dengan seorang ayah *err..bapak* yang pendiam. Tapi dalam diamnya, mukanya sentiasa manis. Senyum tidak pernah lekang di muka. Mungkin sebab itulah bila bapak marah atau tidak selesa dengan sesuatu, dia tak perlu marah. Hanya dengan riak muka yang serius, kami tahu ada yang tak betul atau tak kena. Bapak juga seorang yang berprinsip. Terkadang, ada juga keputusan yang aku buat dalam hidup seharian, interpretasi dari fikiran ‘apa mungkin bapak akan lakukan’. Secara tak langsung, aku rasakan bapak adalah idolaku secara tak sedar.

Memori aku paling awal dengan bapak ialah perangai aku yang suka telefon bapak kalau bergaduh dengan kakak atau maksu (baca: pembantu rumah).
Agaknya, disebabkan perangai aku, mau terkenal juga la bapak di pejabat.

*Update : 4.05ptg- 1364. Berhenti kejap. Kang leka menulis, tak pasan nombor kena panggil*

Di hari minggu, bapak selalu bawa aku dan kakak ke taman, teman dia berjogging. Di kala itu, bapak hanyalah seorang pegawai kerajaan yang malamnya dan hujung minggunya hanyalah berada di rumah. Dari gambar gambar lama, kiranya bapak agak rapat dengan anak anaknya.

Semakin kami membesar (dan mungkin menjengkelkan), bapak seakan makin jauh dari kami (atau mungkin aku sahaja?). Bapak yang mula berkecimpung dalam dunia perniagaan saban hari makin sibuk dengan urusan di luar rumah. Masa dirumah pula banyak dihabiskan di dalam bilik dengan angka dan kira kira. Kami pula seakan ‘ditolak’ kepada emak kerana mungkin menggangunya.

Teringat kata Ustaz Don Daniel.
History will repeat itself tanpa sedar.

Kata Mak pulak,
Anak yang baik, dia takkan buat macamtu kat mak bapak dia.

Ha. Mana satu ni yeop!!?

Dikala kami remaja, bercakap berbual dengan bapak hanyalah atas urusan rasmi dan keperluan.
Bukan niat kami (atau aku sahaja lagi? aiseh..) mengelak berbual mesra dengan bapak. Tetapi kebiasaannya sudah tiada. Membesarnya kami dengan emak, cerita dan pendapat kami emak yang banyak mendengar, sakit sedih kami, emak yang banyak memujuk. Kejanggalan mengisi ruang antara kami dan bapak. Nak cerita pasal girlfriend dengan bapak? Pehhh.. Mau tak naik darah ke muka.

Tak dapat bayangkan kalau aku nak kahwin dulu, nak kena cakap hasrat hati kat bapak..erkkk…kerassss.

Akan tetapi, di hujung hayatnya, aku nampak bapak cuba rapatkan diri dengan keluarga, dengan anak anak. Dia banyak cuba bertanya, bercerita dan cuba cari aktiviti yang boleh dibuat bersama.

“Kita cat rumah!”
“Kita boleh repair wiring ni sendiri ni..”
“Kepala paip ni beli sendiri, tukar sendiri je ni. Tak payah panggil plumber. Rugi je”
Walaupun kebanyakkannya ‘kita’ tu lebih merujuk kepada ‘abang’ (aku ler tuuu~)

Ditengah tengah cubaan merapatkan hubungan itu, emak ada kata, bapak macam segan nak bercakap bertentang mata dengan aku. Aku tak peerasan pon. Tapi firasat aku, mungkin dia malu sebab aku tahu sedikit ‘ceritanya’.

Sebenarnya, bagiku itu hal dia dan emak. Sebagai anak, itu bukan urusan aku. Ayah tetap ayah. Wajib bagiku menghormatinya.

Namun, dikala bapak menghembuskan nafas terakhir, cerita itu masih belum emak ketahui. Akhirnya akulah yang terpaksa menceritakan perihal itu (itu pun setelah seminggu bapak meninggal)

Bapak pergi di waktu aku berusia 20 tahun. Maknanya hanya 20 tahun Allah pinjamkan kepadaku seorang ayah. Allah maha mengetahui. Mungkin bagiNya di umur itu kiranya aku telah bersedia untuk teruskan perjalanan tanpa seorang ayah.

Dan dengan fakta yang sama, aku selalu berfikir. Lama mana pula aku dipinjamkan kepada Emir? atau sebaliknya?

Aku cuba jadi yang terbaik. Tapi kadang kadang terfikir juga. Bagaimana kalau apa yang aku sangkakan terbaik inilah yang akan spoil dia? Bagaimana kalau apa yang aku lalui, apa yang bapak lakukan itulah yang terbaik untuk menjadikan seseorang sebagai ‘orang’?

Terlalu banyak persoalannya sedangkan cabaran masa datang tak akan sama seperti di masa aku membesar.

Di saat ini, sudah 7 tahun bapak pergi meninggalkan kami. Tak sempat pun nak merasa ada menantu, ada cucu. Terkadang melihat Emir, rasa kasihan sebab dia tak sempat nak kenal Uwan dia. Hanya dua batu nisan dan kepungan tanah di lereng bukit yang damai dapat aku tunjukkan dan hanya lagendanya sahajalah boleh ku ceritakan.

*          *          *          *          *

“Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa”

*Update hujung : Pasport tak siap! kena datang ambik esok pagi. – tarik balik tabik spring!*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s