Menanti di ambang syurga

 

Duhai kasih pujaan kekanda
Dengar ku mengeluhkan rindu
Merayu setiapnya waktu, sayang
Padamu duhai kekasihku

Tapi sungguh malangnya nasibku
Hajatku kini telah terganggu
Kini -kaku- rasanya hidupku, sayang
Tinggallah ku menanggung rindu

Tapi ku kan tetap bersama
Namun hatiku takkan bertukar
Walau laut jiwaku terkorban, sayang
Pada Tuhan -saja- kuserahkan

Namun ku takkan putus asa
Duhai kasih pujaan kekanda
Di dunia kita tak berjumpa, sayang
Ku menanti di ambang syurga

Sedap sungguh lagu lama lama ni kalau layan sekali sekala
Kena pulak dengan mood cerita sedih Fauziah Nawi dengan Nasir Bilal Khan yang tajuk dia ‘Titian Siratul Mustaqim’.
Pandai betul Rashid Sibir mainkan peranan music score lagu lama lama yang mana banyak lagu Ahmad Jais digunakan..

Penghujung cerita yang agak sedih dengan pemergian si suami dihidangkan dengan lagu Menanti Di Ambang Syurga.
Sedikit imbas kembali janji si suami yang ingin meniti titian sirat bersama isterinya (scene yang betul betul kena pada rangkap lagu “..Di dunia kita tak berjumpa sayang, Ku menanti di ambang syurga..”)menambahkan lagi mood sedih.

Tapi elok habis je lagu tu scene tu,
Mak mencelah..

“Kalau masuk syurga la isteri dia tu..kalau tak, penat le suami dia tunggu tak sampai sampai…”

Huih. Keras betul komen mak..
Air mata mood sedey tadi pon dah tak jadi keluar.
Hmmpphh…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s