Siri bercakap dari hati..

“kau penah tak rasa nak cancel semua ni..”
Tanya sorang member tahap sahabat..

“Penah..”
Aku jawab jujur..
Ni kalo dia ade ni, konfem sebak dah ni..

“tu la..kekadang aku rasa cam nak cancel je semua ni. Rasa cam terlalu cepat, rasa cam tak sedia. Ko plak apsal ko rase camtu..?”

“emm.. kalo aku cancel plan kawen ni, maybe aku bleh beli Honda Civic kot.. Bleh gi jenjalan oversea, bleh buat ape yang aku nak..”

“Tu la, kalo tak pasal nak kawen ni, maybe aku bleh gi US ke, Aussie ke..migrate gi sana, pastu bile rasa cam dah ready, balik sini soh mak aku cari calon..”

Dia explain panjang lebar, aku dengar je dulu, teruskan je gigit daging kambing lamb chop yang dah lama aku mengidam ni. Terbaik dari Sungai Buaya!

“Tapi dengan ko cancel plan kawen ko tu, dengan ko migrate ke US tu, dengan ko dapat beli semua benda yang ko nak tu, adakah ko rasa ko akan jadi lebih bahagia?..”
aku mula berfalsampah berfalsafah, bercakap sambil angkat garfu tunjuk kat dia, ala ala filem melayu drama swasta..

Dia diam.
Ectually, aku pon taktau dari mana datangnya ayat tu.
yang nyata, ayat tu buat aku turut berfikir..

All the way aku drive balik aku dok mengelamun,
aku tak sedar yang aku tak on radio pon.
even driving tu pon aku rasa cam auto pilot je kot..

senyap. sunyi.
hati bagai berkata kata..
mungkin pesan hati buat jiwa.

teman
hidup ini terlalu singkat untuk kita kejar kemewahan dunia
mungkin kita fikir kita akan lebih bahagia jika kita dapat apa yang kita mahu
namun adakah apa yang kita mahu itu adalah sesuatu yang kita perlu?

teman.
usahlah kita harapkan kesempurnaan
kerana secara lumrahnya, manusia itu tidak sempurna
dan mungkin hanya kekecewaan yang kita jumpa akhirnya.

teman,
padaku dan dari lubuk hatiku yang sering berkata kata ini,
kebahagiaan itu adalah apabila kita lakukan sesuatu
dengan niat mencari keredhaan-Nya.

teman,
aku juga tidak sempurna sepertimu,
aku juga mengharap suatu hari nanti,
tika ku lupa asal usulku,
tika ku lalai tanggungjawabku,
kau bisa hadir dan mengingatkanku.

kerna aku juga manusia biasa..

Advertisements

4 thoughts on “Siri bercakap dari hati..

  1. aa bagus gakla tinggal korg ber’dating’ dua org, leh bicara ‘man to man’ haha~

    Kupasan dari citer ni byk yg kena dan mengena. Cucuk dalam sampai rasa sebak dada.

    Lumrahnya, kita selalu nak apa yg kita tak dapat, at the same time tak reti nak appreciate ape yg dah ade dpn mata..lebih mudah menganggap apa yg ada pada org lain itu bahagia, padahal diri sendiri tak tau yg pada org lain tu mungkin datang dgn seribu satu dugaan dan masalah, tp still tak bermaksud yg kebahagian tu tak berbaloi utk dikecapi. Walaupon ape yg korang sedang dan bakal lalui ni mmg skali pakej ngan dugaan dan tanggungjawab dan dugaan tp insyaAllah bersama dgn tu jugak akan ade kebahagiaan dan kesenangan.

    Soal yg jadi subjek ‘man-to-man’ talk korg ni khususnya, terlalu complicated nak di generaliasasikan..

    Ade yg mencari tp x jumpa2. Ade yg nampak begitu mudah bertukar pilihan..tp x settle2 down jugak. Ada yg langsung takmau fikir soal ni sbb belum bersedia..lagi bagus mcm ni drpd yg rasa mcm bersedia tp mungkin sebenarnye belum..sbb tu Allah tak pertemukan lagi.

    Jodoh dah ditentukan Allah ketika kita dalam kandungan ibu lagi, so bila dah sampai jodoh tu embrace la the process and experience – not the wedding, but the marriage ye dgn sepenuh hati.
    U may make mistakes in the process but at least u hv that chance to make that mistakes now, unlike certain ppl yg masih panjang jambatan pencariannya..

    Moga2 berkekalan bukan hanya hingga hujung nyawa tapi biar sampai syurga.
    Amin.

  2. antara byk2 post yg abg tulis, akak like this the most.

    bg akak..semua org bila nak lalui satu perubahan besar dlm hidupnya, akan berkata kata dalam diri. “bolehkah aku?”, “betulkah aku?” , ‘perlukah aku?’ dan macam macam lg.

    jadi apa saja halangan dan cabaran yg mendatang, hadapi je lah dgn tenang. yakinkan diri pilihan kita itu tepat (utk diri kita dan tak semestinya sama dgn org lain..jadi jgn bandingkan). jgn sesekali bandingkan your marriage dengan org lain, sebab setiap org ada pace dan kemampuan masing2.

    btw..sorry akak takde time akad nikah nanti. ill try my best settle everything and balik before 9 july for you, ok.

  3. anak-anaku sedang melalui fasa yang biasa dilalui oleh mereka yang menempuh hidup berpasangan – doa bonda semua dapat ditempuhi dengan selamat dan sentiasa dalam keredhaanNya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s