Mungkin aku..

“Isi projek kamu tak cukup untuk thesis ni. Kami tak boleh bagi kamu grad dengan tesis yang macam ni”

Aku diam.

Tiada apa yang boleh di betah.
Keyakinan aku hilang dengan angin sesejuk bayu aircond bilik pembentangan.
Lalu aku turun dari pentas, ke belakang, duduk dan diam.
Aku cuba fikir tapi fikiranku kosong.
Terlampau kosong hingga aku tak tahu apa yang sepatutnya aku rasa di kala ini.

Enam presentation selepasku kurasa seperti mimpi di siang hari.

Aku pasrah.

(Blankspace)

“Prof, saya tak sangka seburuk ni jadinya. Saya pernah present thesis ni depan advisor saya dan dia tak pernah komen pasal shortage of contents pon. Dia jugak la yang yakinkan saya thesis ni enough to be presented.”

“Saya tak tahu apa yang advisor awak fikir. Tapi sebagai dekan fakulti ni, dan juga penilai thesis awak harini, saya tak boleh biarkan thesis yang tak berkualiti keluar dari fakulti ni.”

Aku kelu.
Tak berkualiti!
Terlalu tajam untuk keyakinan yang dahpun hilang.

“Takpe la Prof. Sekarang ni, apa yang boleh saya buat untuk baiki keadaan?”

“Kamu repeat semester la tahun depan..”

Aku kelu lagi.
Tak.
Aku tak boleh. Ini bukan aku.

“Prof. Boleh tak bagi saya masa untuk saya repair thesis ni?”

Sunyi membelah keheningan.

“Baiklah. Saya bagi seminggu dari hari ni, dalam seminggu lagi kamu present balik depan saya.”

Aku tak tahu apa patut aku rasa.
Sebab dengan seminggu, aku tak tahu apa yang aku boleh buat.
Seperti hukuman yang pasti dijatuhkan, tapi hanya dilambatkan seminggu sebab penghukum kebetulan mintak MC sebab nak urus nenek dia kawin lagi.

Tengahari tu aku ke Singapura.
Cuba betulkan keadaan, sedangkan aku tak tahu kat mana nak mula.

Aku hampir di telan asmara
hilang ku percaya ku pada semua
genggaman erat takkan ku lepas biar
apapun kata si bintang ku nantikan pagi

…dan hari ini perasaan itu hadir lagi. Aku tahu akan ada penghujung yang cerah di setiap lorong yang gelap dan berliku.

Advertisements

One thought on “Mungkin aku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s