Padel oh Padel

Ade satu hari dulu,kat opis gua, masa semua orang dok kecoh kecoh pasal tak boleh renew roadtax sebab ade saman ekor. Semua time tu termasuk la gua memang maki hamun polis padahal memang salah sendiri pon.

Sape soh kau bawak laju, sape soh kau tak bakai seatbelt, sape soh ko langgar lampu merah dan sape soh ko langgar lembu dan tuan dia sekali?. Hah! Jawab jawab!

Pulak tu, dan dan tu pulak saman semua dah takbleh diskaun. Semua kene baya full. Walau kau pandai ayat manis sekali pon. Tak lut!

Dalam gua dok pening pening tu, ade la member gua sorang ni yang dok rasa rasa macam diri dia ade buat salah dengan kerajaan malaysia sebab bawak laju sikit je dari kete lembu masa nak balik kampung dia. Sebab dia ni lagi senior dari gua, tambah pulak dengan figure badan dan rupa yang brader abes, memang sesuai la gua gelar dia brader Padel.
Dia datang kat gua, tanya gua.Bunyi dia lebih kurang macam ni la..

“Dude. Lu ade saman ke?”
“Ade la jugak barang seketul dua. Apsal bro?”
“Eh, gua nak check saman la.Last time gua check ade 3 saman tak silap gua. Camne ek?”
“Pakai SMS aa bro. Bakmai ‘remote ekon’ lu gua ajarkan.”

Gua pon ajar la macamana nak check saman.Bila dah sent request tu, gua suruh dia tunggu barang seminit dua. Biasa la time panas panas macamni, memang line check saman konfem bizi punye.
Selang seminit, dia dapat SMS bunyi macam ni

‘Tiada saman direkodkan untuk A*F 4992’

“Eh..takde? Camne bleh takde? Ayah aku bayakan la ni..”

Punya la suka brader tu. Cerah muka dia. Senyum sampai ke pipi kalah patung Ronald McDonald.

“ok la dude.selamat membayar saman! Aku punye dah settle..ayuh renew roadtax!”

Dah..keluar dah nada nada riak la tu..Gua same ‘ahli ahli pening kepala sebab saman’ yang lain buat tak tahu sebab sebok fikir plan macamana nak settlekan saman tanpa keluarkan modal walau sesen pon kalau boleh.
Lantak lu la brader. Janji lu bahagia. Malas nak ambik pot hal lu ngan ayah lu. Lain la kalau ayah lu bleh bayarkan saman gua sekali.

Esoknye, bila gua jumpa brader padel. Muka dia monyok balik. Ape hal la pulak ni. Haish.Takde bini pon monyok macam bini ugut nak lari balik kampung kalau tak beli gelang emas besar gari.Tapi kat satu sudut plak ader yang dok sahut sahut dari jauh suruh brader padel sabarbanyak banyak. Pastu blakang dia budak budak opis dok gelak macam nak pecah perut.

Bila budak budak cite kat gua, memang gua pon bantai gelak. Takde belas kasihan..
Padan muka lu! Tu la. Baru dapat sikit kelebihan dah riak. Tuhan tak suka taw~

*         *         *          *

Malam sebelum tu, brader padel;

“Salam ayah. Dah makan ke?”
“Dah.Kenapa?”
“Sehat ke?”
“Sehat. Apasal kau ni? Tak sehat ke? Buang tebiat ke?”
“Takde la. Nak ucap terima kasih sebab bayarkan saman.”
“Saman? Siapa yang bayar saman kau?”
“Habistu saye check dah takde saman.Siapa yang bayar kalau bukan ayah?”
“Eh, mana la ayah tau”

Lalu brader padel ambik ‘remote ekon’ dia check lagi sekali.

Seminit lepas tu, satu SMS sampai.

‘Terdapat 3 saman untuk A*F 4492’

Brader padel mula rasa pelik.

“Gampang! silap masuk no plet!!!”

Advertisements

One thought on “Padel oh Padel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s