Bukit Tabur Siri 1: Body art kepala hotak lu~

Kaki bukit tabur,
lebih kurang pukul 6.30 pagi.

“Aku, bukan nak cakap la beb. Aku dah selalu join photographer macam macam jenis. Pengalaman pon dah banyak jugak la.”

Kata sorang budak art & design merangkap organizer panjat bukit tabur dengan nada riak.
Yang lain semua diam je. Mengiakan saje.
Malas nak layan kot?

“Setakat photoshoot model ni, dah banyak model gua shoot. Yang seksi, yang bertudung, yang ayu, yang lawa, yang cun.Perghh”

Dia sambung kasi tambah riak dia

Gua dengar je. Malas nak layan sangat isu riak duniawi ni.

Datang pulak sorang budak lain yang gua tak bape kenal menyampuk.

“Pergh..mesti best kan lu ni..Tapi member aku pon ade gak photographer. Aku tengok gambar dia, banyak model seksi siot. Pakai bikini je.tak goyang ke iman nak tangkap gambar camtu?”

“Oh..tu nama dia body art. Aku, model perempuan bogel pon aku penah tangkap. Tapi kita photographer ni kena profesional. Aku kalau tangkap gambar model bogel ni, memang tak rasa ape ape pon.Relek je ..”

Tu dia…
Semua terdiam.
Mungkin kagum, mungkin berkata macam macam dalam hati. Tak mampu nak luahkan perasaan kagum takpon nyampah semua agaknye..

Bila semua dah tak tau nak cakap ape ape, gua rasa baik gua mencelah, hilangkan rasa awkward semua orang..

secara spontan ayat gua keluar..

“BRO..LU GAY EK??”

hahahahahaha~
semua pakat gelak macam pontianak jumpa paku.

sori weh, gua tak sengaja!
“Kasi jarak weh..bahaya!!!”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s