hish~


Isnin lepas.
gua cuti sebab nak settlekan kereta mak gua yang dah lama tak servis.
selain servis, banyak jugak menda menda wear and tear yang kene tukar dalam misi mem’boleh’kan kereta tu untuk jalan jauh balik kampung raya ni.
dari minyak hitam, sampai la ke power window regulator ngan handle door.
semua tu benda biasa yang cepat jahanam. haram btul Prot*n ni~
Total semua dekat seribu setengah laa..

Bengkel yang gua hantar tu dekat area rumah gua je.
Jalan kaki pon boleh sampai.
sebab gua tau nak repair ni lama,
gua tinggal je la kete tu,
gua balik umah, amek kete gua nak bawak pegi repair kat rawang pulak.
gua pesan jugak kat pakcik yang jaga service center tu,
yang membahasakan diri dia paklong tu,
bila masa la pulak lu jadi adik beradik mak gua..haish~
kalau da siap call gua.
pastu gua proceed la ke rawang..

Kebetulan pulak bengkel repair keta kat rawang tu, ramai la pulak orang.
biase ah kan. nak raya, nak jalan jauh baru orang sebok sebok nak servis kete.

Paklong tu pulak tak call langsung,
gua ingat kete tak siap lagi la..

dekat pukul 5 baru la Paklong tu call,

“Nak, tanak amek kete ke?, Paklong da nak tutup kedai ni..”
“Eh, dah siap ke, tade sesape call pon..”
“Dah siap lama dah..cuma lower arm ngan absorber mounting je tak sempat tuka.
sebab da petang sangat dah ni. Cepat sikit ye, Paklong nak balik buka puasa kat rumah pulak ni”
“Ok ok..saya kat rawang ni, on the way nak ke sana..tunggu la kejap ye”

bila gua sampai kat bengkel tu,
paklong tu muka ketat je..
da tak sabar nak balik la tu..
gua swipe kad plastik, pastu Paklong tu terus ambik barang barang dia, terus nak balik.

* * * * * *

Pagi tadi gua repeat balik pegi bengkel tu..
gua nak tukar benda yang dia tak sempat tukar haritu..

“Nak, kete ni siap lambat sikit ye, sebab harini hari sabtu, ramai customer”
“Takpe, nanti kalau dah siap call la..”
“Ok ok.. tapi jangan datang lambat sangat ye. Pegi la rawang dulu..”

pfffttt~
perli nampak??

Advertisements

One thought on “hish~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s