Kesiannnn~

pagi selasa haritu.
office dikejutkan dengan khabar sorang kawan yang eksiden kat highway Guthrie.
terlalu sedikit info pasal kemalangan si polan tu,
sebab mamat yang dapat info tu amat la lurus bendul.
dapat msg dari si polan yang berceritakan pasal peng-eksiden-nan nye, dia terima je tanpa hadam..
tak tanye langsung ape cerite..
situasi kelurusan dia tu memang da tahap pembaris besi yang konfem calibrated.
lurus abes!
yang dia tau, polan eksiden, patah kaki kiri..tu je~

maka giat la satu opis dok sebok dengan teori perlangaran masing masing.
ade yang cakap dia amek korner baring tahap drift la.
ade yang kata dia bawak kete laju tak ingat sampai lost control la..
ade yang kata dia terkenyit mata lama siket, sampai tak nampak jalan la..
macam macam..
hukum Newton dari zeroth law sampai 3rd law, sume abes diguna pakai.

Tapi gua malas nak join buat teori teori liar tak berasas ni.
buang masa.
baik gua teruskan kerja gua sebagai draftman yang berjaya kat kilang kicap ni..

tapi kuriositi yang tinggi membuatkan gua tak senang duduk..
hmm..ape ade hal..msg je la tanye khabar..
itu pon nak kene ajar ke?

“Salam. Polan. ape suda jadi?”

lama gak gua tunggu dia reply.
ade la dekat empat belas ribu empat ratus saat..

lepas tu baru dia reply.

“Hmm..aku eksiden kat guthrie semalam. Accident kejap je jadi. Aku terbabas langgar divider.
Aku panik tak sempat nak tekan brek.aku sedar sedar kereta da bepusing pusing.
Teruk jugak la kereta aku. Alhamdulillah, kaki kiri kat area jari yang patah, tersepit time eksiden”

ak en nee~
aku start nak maki hamun mamat yang menyampai berita pagi tadi.
ingatkan patah kaki kat keting ke..
haish..

aku reply balik.

“Tersepit? tersepit dengan ape? Kete camne?”

short & simple.heh..bizi sebenarnye time ni..tapi sebok gak nak jaga tepi kain orang.

Dia bagi karangan 2 perenggan lagi..

“Orang highway yang tolong aku tu cakap tersepit dengan brake padel. keta aku teruk. Dalam report polis tulih tayar kanan pecah, lower arm kanan patah, fender kanan remuk, pintu kanan dan cermin pecah, bumper depan pecah, dashboard pecah. Yang aku perasan, back mirror tercabut, windshield pecah, side mirror da takde, tag nama aku putus, and HP aku rosak coz termasuk dalam tempat kaki passenger. Nak bukak pintu keta pon takbley. nak kuar kena ikut passenger punye pintu”

hah..amek kau. penat nak baca.

“Aduu..kiranya ko pengsan la lepas eksiden? Kete tu kira total lost ke? Huhu. seram aku dengar.. ko bawak laju ke?”
gua reply kasi panjang sikit.
kasi semangat dia nak story.

tak lama pastu dia reply balik.

“Aku macam nak pitam lepas tu. nampak samar samar je. telinga pon da tak dengar. Alhamdulillah, ada makcik sapu sapu air kat muka aku. tu yang sedar sikit.kete total lost tu macamana? aku bawak 80-100 je”

yelah tu polan bawak selow.legend tuuu~

tapi cepat jugak si polan ni reply sms.
konfem busan dok hospital sebab kurang pakwe pakwe hensem jadi nurse.
dokter plak makin malas nak turun layan patient.
baik duduk opis layan bace surat khabar. ye tak?

“Total lost tu kalau kete da takbleh repair. Hospital mane ko masuk? Sg. Buloh ke? Budak budak opis sume tengah buat teori camne ko boleh eksiden. Btw. Panjang tanye – Sakit tak?”

Nak jugak si panjang ni tanya soalan cepu emas. hish. Tak bertatasusila sungguh.

dapat je reply yang last ni, aku dah takbleh fikir. Malas fikir sebenarnye. Kesian sungguh. Nak meleleh air mata dengar jawapan dia.

“boleh kot repair. Pasal kete kete ni bapak mertua kau yang uruskan. Aku tak tau sangat. Ambulan bawak aku pegi hospital Sg.Buloh semalam. lepas xtray n simen aku da bley balik rumah. sakit dow kaki aku. berdenyut denyut. kadang kadang menggeletar sikit sikit. kene makan ubat. susah nak pegi toilet le. Kesian hubby aku kene mandikan aku hukhuk..”

alahai kesiannnnyeeeeeeeee~
haish!

Advertisements

One thought on “Kesiannnn~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s