Terima kasih

Dulu kecik kecik, aku selalu sedih
sebab mak ngan bapak tak selalu turutkan ape yang aku nak.
kadang kadang sampai naik malu dengan kawan kawan pon ada.
bila kawan kawan semua ada mainan best best.
cam kereta remote control ke, basikal bmx ke, action figure power rangers ke..
paling kodi pon, pencil box yang boleh tekan tekan keluar compartment tu la….pon tak dapat jugak.

kalau mintak kat bapak,
dia akan kata, benda tu tak perlu. So, tak payah!
paling lembut hati pon dia boleh kata, pegi tanya mak dulu..

mak pulak kata,
kalau nak, belajar rajin rajin, bagi sampai dapat no.1
tu pon kalau dapat, nanti mak baru consider.
belum tentu dapat lagi.

untuk budak nakal lagi kreatif macam aku ni,
yang malas nak mati belajar, apetah lagi siapkan homework.
telinga gajah tu lumrah dalam setiap buku aku.
so, nak dapat no.1 tu macam mengharap awek cun yang kita tak kenal datang belanja eskerim..
hmpph..berhenti la berharap.

penah jugak la dapat no.1.
tapi no. 1 yang aku dapat ni tak diiktiraf oleh mak, sebab mak cakap aku no.1 tu dari belakang.
disqualified kata dia~
hehehe

disebabkan aku dah tau agak mustahil untuk aku dapat no.1,
so aku jadi tak berharap.
aku go with the flow je.

aku lagi prefer pegi rumah kawan kawan
yang ada PlayStation,
yang ada Megazoid (baca: Robot Power Rangers)
yang ada basikal BMX
pastu pinjam pakai je..
takyah susah susah nak pening kepala study.
ye tak?

sampai satu masa,
penah aku rasa macam mak ngan bapak tak sayang aku.
sebab aku tak selalu dapat even benda yang aku perlu.
tapi kakak pulak sentiasa dapat je ape dia nak.

contohnya walkman
korang tau ke ape tu walkman? sila google ye. zaman sekarang ni takde dah walkman kot. yang tinggal trademark walkman tu je kat phone sonyericsson kan?

masa kakak masuk asrama penuh dulu, mak belikan walkman cap Panasonic
masa tu paling hype cap Sony la for sure..bunyi dia sedap woo..ada mega bass!
sebab kakak taknak kongsi dengan aku bila balik rumah hujung bulan,
aku mintak mak belikan satu kat aku.

tapi seperti biasa la.
nak kalu, belajar rajin rajin, masuk asrama
baru mak beli.

Bila kakak lepas tingkatan 3,
mak belikan dia walkman cap Sony.
yang ader speaker,
yang bleh record,
yang auto reverse!
tak payah tukar side dah kaset tuh.
fuh..canggih betul.

so, yang lama cap Panasonic tu dapat la kat aku.
tapi kondisi dia dah agak kronik.
button play kena cungkil dengan garpu kalau da habis satu side.
dia dah tak bleh tendang sendiri.
boleh laa daripada takde.
layan kan aje.

Nak di jadikan cerita,
masa lepas tingkatan 3,
aku dapat masuk sekolah teknik berasrama.
Aku hepi tak ingat, macam orang dapat masuk program angkasawan kat Russia!
sebabnye, aku boleh tuntut janji mak nak belikan aku walkman.

tapi ape yang aku dapat ialah walkman kakak yang cap Sony tu.
Alasan mak, walkman tu boleh diguna lagi.
aku memang tak pandai nak argue pasal benda benda macam ni.
paling kuat pon, aku dok kat sudut bilik kat rumah,
tutup lampu,
nangis.
tu je..jambu abes.

tak lama lepas tu, walkman tu rosak.
mak gantikan dengan walkman cap Sony hasil dari rampasan tak dituntut kat sekolah dia.
Aku layankan aje.
Time ni dah tak kesah dah.
janji ade.

tak lama pon aku pakai walkman tu.
end up kene rampas dengan warden sebab aku bawak pegi prep.
warden suruh claim kat dia esoknye kat pejabat warden.
tapi bila aku datang nak claim, warden dah hilangkan walkman tu,
ader budak nakal dah pecahkan laci kat bilik kelas LK tempat dia letak walkman tu.
dah betul la tu.
benda bukan sepatutnye hak kita kan?
macam tu la.
lepas tu dah malas nak mintak kat mak dah.
layan bunyi cengkerik je.
cukup la.

Lama sikit,
masa aku foundation year, baru la aku beli sendiri aat hiburan jenis tu.
aku beli discman.
mahal jugak la.
RM385 rasenye.
tapi puas hati. sebab lama dah mengidam.
sampai sekarang dok ada lagi aku simpan discman tu.

start dari time foundation year,
aku dah tak harap mak ngan bapak beli apa apa kat aku.
kalau aku teringin apa apa, aku lagi rela kumpul duit sendiri dari mintak kat mak bapak.

even masa aku 2nd year pon,
masa aku mintak kereta kat mak,
aku tak berharap pon.
kalu dapat, dapat la..
eventho mak claim dia nampak aku menangis sebab dia taknak belikan kereta tu.
aku bukan menangis sebab tu pon.
aku menangis sebab aku menyesal & takut kalau aku susahkan mak bila aku mintak kereta.
dengan keadaan mak yang tak berapa stabil lagi time tu.

Tapi harini,
bila aku dengar cerita kawan kawan aku,
yang macam macam.
ada yang nak give-up dengan life sebab masaalah family,
ada yang frust bila dia tak dapat ape yang dia nak/usahakan.
ada yang tak boleh nak buat keputusan/ berkeras dengan keputusan diri.
aku sangat sangat berterima kasih pada mak,
pada bapak,

sebab tak ikutkan semua kehendak aku,
sebab tak bagi semua kemahuan aku,
sebab sentiasa biar aku buat semuanya sendiri,
sebab biar aku buat keputusan sendiri walaupun end up keputusan tu tak betul.

kerana semua itu menjadikan aku berfikir dan beringat,

yang tak semua yang kita nak itu kita akan dapat,
yang kita takkan sentiasa dalam kesenangan,
yang kita kena berusaha keras untuk sesebuah kemenangan.
dan yang paling penting sekali,
kita la penentu atas kejayaan sesuatu rancangan/keputusan/langkah itu.
sebab bila once kita dah buat keputusan,
kita kena go for it, dan jadikan keputusan tu betul betul terbaik keatas diri kita.
tak kira apa jua halangan.

Terima kasih mak,
terima kasih bapak.

Advertisements

4 thoughts on “Terima kasih

  1. Bonda juga dididik begitu.. jadi bonda juga tidak mengharap apa-apa pemberian dari orang lain. Hasilnya bonda menjadi seorang yang berdikari, cekal dan boleh mengurus anak-anak dengan baik walaupun ketiadaan bapak.. bonda juga rasa puas dan boleh berbangga kerana anak-anak bonda menjadi seperti yang selalu bonda harap dan doakan.. semoga anak-anak bonda terus maju selamat dan sentiasa bertaqwa kepada NYA.. amimmm

  2. aaaaa
    perit tekak baca citer nih.
    Jambu gak kuat nanges rupanye budak tinggi ni haha

    nway..
    Kadang2 mmg kita rase kita malang, esp. biler x dpt ape yg kita wished for.
    Tp bile melihat dr luar kotak, ke arah insan2 lain dikeliling baru kita sedar kita mungkin lebih beruntung…

    Ironik nye bile terpakse melihat kesedihan insan lain utk kita merasa bahagia tp itu hakikat hidup.
    Cuma kdg2 lebih mudah menjadi manusia normal, dr menjadi manusia yg rasional…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s