Aku, dia, lembu, Myvi & Uncle Moorthy (malam yang panjang,entry juga panjang lah!)

Balai Polis Tapah, 11 malam.

“Berapa tahun pengalaman bawak kereta?” Sarjan *Akhir mula bertanya
“Err..sejak dapat lesen, umur 18 tahun dulu, emm..7 tahun mungkin?”

Legally 7 tahun, kalau dikira sejak aku reti bawak kereta dari umur 14 tahun, mungkin dah 12 tahun la pengalamannya.

“Ayah kerja apa”
“Err..ayah dah takde..”

Sedikit sayu.

Mungkin kalau bapak ada lagi, dia la orang pertama yang aku hubungi sekarang ni..
Nak buat macamana. Dia bagi pinjam kat aku 20 tahun je.
Nah. Belajar la hidup sendiri.

* * * * * * *
*flashback mode*
Jalan Teluk Intan-Bidor
3 Jam sebelumnya

Kami melewati sebuah kemalangan.
Kelihatan agak teruk. Sebuah Proton Waja terperosok masuk ke denai di bahu jalan.

Hujan renyai memendekkan lagi jarak penglihatan
Gelap menemani kami.
Kelajuan bukanlah idea yang baik dalam keadaan ini.

Namun,
nasib tidak berbau hanyir.
seperti hanyirnya darah lembu itu.

Pedestrian safety memang teruji pada kelajuan 60km/h
jarak penglihatan yang terbatas hanya 10 meter
dan 2 ekor lembu sebagai objek ujian atau lebih sesuai digelar mangsa.
Paling menakutkan dan menggerunkan,
ada kelibat manusia di antara lembu lembu itu!
semuanya terlalu pantas

Nah.

long pause..

“Lan. Angkat dia Lan!! aku tak boleh keluar, pintu terkepit!!”

Alan bergegas keluar dari kereta.
kaki mangsa nampak terkulai.
Patah.

Aku gagahkan juga keluar.
darah di mana mana.
aku panik tapi aku diam.

“Jan. Call ambulans!”
“Ambulans?”

“9*1, boleh saya bantu?”
“Saya kemalangan, minta tolong hantarkan ambulans”
“boleh encik berikan alamat”
“saya di jalan antara Teluk Intan dan Bidor”
“Apa encik? Jalan Tun Sambatahan ke Kuala Lumpur?”

lutut kau!

Ahh..lambat sangat semua ni.
Kenapa deorang tak boleh track location based on phone transmission macam dalam movie?
hmpph!

Long pause again..

Seketika kemudian, Brader tow truck yang selalunya lebih cepat dari polis dan ambulans panggil aku.
Patut mereka ni yang kita lantik jadi driver ambulans. ye tak?

“Takpe. ko jangan risau, aku dah called ambulans dengan polis sekali”
“Huh..terima kasih. Saya nak ke sana sekejap. nak tengok uncle tu”
“wop wop..jangan..Kau tegok tu.Orang kampung semua dah keluar. Kang jadi lempeng ko pulak karang”
Aku terhenti. Lempeng? Takpe lah..

Aku lihat lembu itu kesakitan.
sempat jugak la dia lepaskan bom cair.
hadiah katanya.
dapat secalit kat baju Alan.
hmmph..

* * * * * * *

kembali ke dunia nyata.
11.30 agaknye.
Balai polis Tapah lagi.

“So, kita nak ikut jalan mana ni?” Alan bertanya.
“Highway!.Mana exit paling dekat?”
“Bidor atau Tapah.Dua dua sama jauh. Kena lalu jalan lama jugak sikit”
“Takpe la. Jalan slow-slow la. By the way, jalan tu ade lembu tak?”
“Entah. Takde kot. Jalan pekan.”
“Harap harap takde la..”

dan kami teruskan perjalanan.
dari Tapah ke Tanjung Malim.
Takde ape yang berlaku lepas tu..

cuma hood terbukak tiba tiba kat Behrang.
menghempas windshield menambah lagi retak seribu.
kesan dari radiator support upper yang dah bengkok.
Tak kronik pon..

cuma tak nampak depan langsung je.
huhu..

Nota kaki:
sepatutnya entry ni ada gambar kesan dari kejadian
tapi bagi menjaga sensitiviti sesetengah pihak.
sila gunakan imiginasi dan bayangkan saja bagaimana keadaannya

btw. si oren itu remuk hood, pecah winshield, bumper pon pecah, fender kiri kanan deform, headlamp mounting pecah kiri kanan, radiator support upper bengkok, cover foglamp tercabut & kena pijak ngan lembu. Tu je.

Advertisements

One thought on “Aku, dia, lembu, Myvi & Uncle Moorthy (malam yang panjang,entry juga panjang lah!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s