Mimpi tok wan

Aku jumpa Tokwan (baca : Uwan) semalam dalam mimpi.
Dia kat dalam satu kedai mamak, bahagian meja belakang sekali.
Dia berpakaian macam dulu dulu. Baju melayu kaler biru cair dengan kain pelikat.Agak lusuh pakaiannya.

Sedikit bongkok.

Dia senyum lepas nampak aku dan cepat cepat dia habiskan nasik kandar yang dia tengah makan.

Aku ingat lagi. Uwan memang suka masakan mamak. Kari, chappati, thossai, memang favorite dia.

“Pozian..”
Camni la Uwan pangil aku kecik kecik dulu..
Aku senyum je. Dah lama tak dengar suara Uwan. Rindu agaknya.

“Aku nak belanja hang makan eskerim. Aku tau hang suka makan eskerim kon yang macam paddle pop tu..”

Aku sengih lagi.
Mana ada paddle pop keluar aiskerim kon.
Dah nama pon paddle, mesti la aiskerim batang kayu tu..Tapi layankan ajela..

Uwan bangun dari meja makan kedai mamak. Dia ke sinki, basuh tangan.
Dia jalan keluar dari kedai dan aku ikut dari belakang.
Melintas ke seberang jalan. Dari pengamatana ku, bangunan sekekliling, semuanya bangunan lama. Macam kat area Pekan Langgar.

Sampai kat seberang jalan, dia bawak aku masuk ke sebuah kedai. Dalam kedai tu ada satu bekas besar berisi banyak aiskerim.

“Hang pilih la, hang nak yang mana satu?”

Aku ambil perisa cokelat.
“Uwan taknak aiskerim ke?”

“Aku nak jugak. Ambik perisa ayam..”

Aku terseyum.
“Mana ada aiskerim perisa ayam Uwan..”
“Ada..cuba hang tengok betul betul”

Aku cuba cari. Eh..ada!!

Uwan sengih lepas aku hulurkan aiskerim kat dia.
Dia keluarkan 3 keping duit kertas dan syiling.
Aku sempat perhatikan syiling yang Uwan bagi kat penjaga kedai tu..
Syiling corak lama, tahun 1982.

Dan lepas tu aku tersedar.

Advertisements

2 thoughts on “Mimpi tok wan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s