Cerita semalam

Semalam.
Dalam kereta.
Menuju ke Sunway Pyramid.

“Ye, saya mengaku, saya salah”
“Ha! Memang pun..”
“Saye tau saya memang susah nak mengaku salah”
“Tau takpe..”
sambil aku gelak gelak..

Memang kebiasaannya macam ni kalau kami bergaduh.
Gaduh kami tak lama. Dari zaman belajar dulu sampai sekarang, selain dari gaduh 6 bulan tak jumpa tu, paling lama kami bergaduh pun 1 hari je.

Lepas tu, masing masing tak larat nak merajuk, berbaik semula.

“Saya tau, saya ego”
“Memang pun.”
Aku masih dalam mood melawak.
Aku tak perasan pon dia dah tukar mood serius

“Saya memang susah nak tunjuk rasa sayang saya. Macam tu jugak la kat mak ngan ayah.”

Aku tengok, dia dah sebak.
Aku pon tukar jadi serius.

Tak boleh melawak dah kalau camni. Ini isu serius beb. Serius!

“Awak, kenapa nak ego dengan mak ayah?”
“Saya tak tahu..”

“Awak, cuba kalau awak balik, at least, awak cium mak awak, peluk dia. Jadikan kebiasaan setiap kali balik”
“Tu la, saya tak penah buat pon..”

Aku tengok air mata dia dah menitik.
Aku pun sebak sekali tengok dia.

“Awak,peluklah, ciumlah, sementara deorang masih ada. Jangan nanti awak menyesal sebab awak dah takde peluang nak buat semua tu lagi”
Sedikit air mata dah mengalir.

“Kenapa awak menangis jugak?”

Manede menangis, terleleh air mata sikiiit je~

“Sebab, saya menyesal, kali terakhir saya jumpa bapak, saya rasa nak peluk dia. Tapi sebab ego, saya tak peluk. Dan tu la antara benda yang saya menyesal sampai sekarang.”

“huuuuuu…”
Lepastu dia pulak menangis sampai bengkak bengkak mata..
Aiseh..

Advertisements

2 thoughts on “Cerita semalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s