Wahai Allah,
Wahai Zat yang Maha Agung kemuliaan-Nya,
dan sentiasa memiliki ketinggian,
wahai penguasa khazanah yang tidak akan kehabisan,
dan pencipta Arasy-Mu yang Agung,

Wahai yg memiliki sifat yang sempurna
dan yang menunaikan segala permintaan,

Jika Kau mengehendaki,
maka dengan sekelip mata pun,
Kau boleh mendatangkan taufan,
yang mana lautan pun malu melihatnya
dan jika Kau mengehendaki
seluruh makhluk ini
Kau boleh tempatkan dalam tempat yang sebesar zarah
dengan ucapan “Kun”,

Sesuatu yg tiada
Dikau boleh wujudkan
bagi Mu
tiada sesuatu pun pekerjaan yg sukar Ya Allah.

Wahai Allah
bersihkan dan hapuskanlah kekotoran
zahir dan batin kami
dengan kesempurnaan
keampunan-Mu
dan lautan kemaafaan-Mu Ya Allah

Kurniakanlah kepada kami dengan pakaian zuhud dan takwa
mengkhidmati makhluk
dan menuruti sunnah
dengan bersih dan nyata.

Jadikanlah maksud kehidupan kami,
untuk meninggikan dan mengharumkan agama Muhammad s.a.w,

Jadikanlah kami
sebagai mentari ilmu
dan Kau jadikan amalan-amalan dan kebaikan kami,
sempurna,
yakni menjadi sumber hidayah kepada kami,
dan orang-orang yang bertakwa juga
akan memilih jalan amalan soleh,
demi sinar kecemerlangan

Dan jadikan lah kami
seumpama Mata air yg mengairi taman Islam,
di musim gugur sehingga ke hari kiamat,

Wahai tuhan semesta alam,
dalam kehidupan yg sesingkat ini
ambillah kerja-kerja dari kami,
perkara yang perlu dikerjakan di sini,
dan peliharakanlah kami Ya Allah,
dari perkara-perkara yg tidak perlu dikerjakan di sini,

Bagi hari-hari dalam kehidupan kami,
yg mana kami telah laluinya
dengan lalai dan leka
jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya Wahai Allah,

Kurniakanlah kami dengan kecintaan nya terhadap iman,
dan hiaskanlah ia di dalam hati kami,
campakkanlah rasa takut dalam hati kami,
terhadap kekufuran Ya Allah,
terhadap dosa
dan terhadap derhaka,

Dan jadikanlah kami orang-orang yg memperolehi hidayah
dan hamba-hamba yang bersyukur ya Allah
supaya ketika kami waktu kami mati dan di dalam kubur
dan di hari kiamat nanti kami bersuka cita dan bergembira
dan Jannatul Firdaus menjadi tempat kami Ya Allah.

Wahai Allah
jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan amal,
yang mana di hadapan taufan kekufuran dan kesyirikan pun
tidak akan dapat meruntuhkannya,
dan ianya menjadi pukulan
bagi mnghapuskan segala bidaah Ya Allah.

Dan ambillah dari kami sebarang khidmat
utk membantu agama Muhammad s.a.w
yang akan menjadi sedekah yang berterusandan
dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat Ya Allah.

Wahai Allah,
daku bukanlah ahli Jannatul Firdaus-Mu,
dan tiadalah kekuatanku mengatasi api neraka-Mu Ya Allah,
maka berikanlah daku Taufiq
untuk bertaubat
dan ampunnilah dosa-dosaku Ya Allah.
Ampunkanlah Ya Allah

Kerana sesungguhnya Dikau
adalah pengampun segala dosa-dosa yang besar

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s