Mimpi

Picture 006

kami,
di sebuah hospital.
tengok dari cara susun atur, aku rasa macam IJN.

duduk di bangku menunggu.
tak lama pun,
tak sampai 5 minit giliran dia sampai.
lalu aku bangun, aku iring dia ke kaunter.
tapi dia mintak ubat sakit tekak.
sekarang musim panas katanya.

dan tak lama lepas tu,
doktor keluar dengan ubat sakit tekak

dan kami keluar
pulang.

“Bagus ye hospital ni. Cepat betul layanan dia”

aku tak cakap apa apa. Angguk dan setuju.

Menuju ke kereta.
Masih kereta dulu lagi.
kereta bintang tiga. warna perak.

dalam kereta, dia bersuara lagi

“kat kompeni abang, dia tak bagi kereta kompeni ke?”
“mane ade. selalunye Assistant Manager ke atas je yang dapat. Tu pon Myvi je”
“oo..Myvi je ke?”
“kalau GM deorang bagi Camry..”
“Minyak?”
“Minyak, bagi jugak kot..tapi rasanya ader limit..”
“huu..jauh jugak ye gap antara manager dengan GM. Manager dapat Myvi je. GM dapat Camry..best tu..”

aku gelak, dan aku diam.
aku tak tahu kenapa topik ni.
dan aku asyik memandang muka dia.
Rindu mungkin.

Sejenak kemudian, aku pulak bersuara,

“Abang tengok tayar belakang kereta bapak tadi macam dah botak. Takpe ke tu?”
“Botak ke?..”

Lepas tu dia diam.
Aku pun diam.
Memang sejak dulu, aku tak berapa reti nak berborak dengan dia. Sebab pembawakkan dia seakan akan formal. Lagak seorang bos. Takkan kau nak cerita pasal girlfriend dengan bos, ye tak?

Selang beberapa minit, dia berhenti di stesen minyak, dan keluar dari kereta.
dan,
aku tersedar..

hmm..
IJN dan ubat sakit tekak,
kereta kompeni?
tayar botak?
apekah?

Advertisements

One thought on “Mimpi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s