Dream girl~

Kalau korang la kan, kalo nak cari calon awek, ape yang kau tgk?
Kalau dari pengalaman aku la kan, ader yang tengok dari rupa badan,
Ade nak yang cun dan ayu. Katanya sedap mata memandang.lepas tu boleh tayang tayang kat member member..

“Hah..tengok ni walaupon aku ni muka berjerawat batu kiri kanan, walaupon orang tengok aku, orang straight cakap aku ni kaki pecah rumah, tapi tgk awek aku..chun woooo~” huhu

Ade yang tak senonoh sikit tu, nak cari yang buntut besa la, breast empuk la..siut btul..kok ye pon takyah la mention. Ye tak?

Ada nak yang manjaaa~
kununnye suka belai belaikan yang si manja tu~
Aduyaii..
sampai tepijak tahi lembu pon tangkap nangis..
kene ketit nyamuk pon nak ngadu.
manja sangat tuh~
benyek!

huh..macam macam ler..

Tapi aku la kan, sejak kecik dulu, aku selalu berangan. Kalo aku nak cari calon awek & isteri la kan, mula mula, kriteria yang penting, manis & sedap mata memandang. Orang kata, kalo tengah temper gile, tengok muka dia, terus sejuk, terus tak jadi marah.

Pastu nak yang pandai dressing. Up to date!!
Baju yang dia pakai bair la semua nampak bergaya, menawan. Takyah seksi seksi kot. Kalo kena gaya, yang tutup aurat tu pon bole je nampak begaya & anggun.Tapi takyah la jugak sampai jadi fashion victim. Lemas plak aku nak tengoknye~

Next, nak yang sopan & pandai mix ngan orang. So, kalo bawak masuk majlis, takde la kejenye die nyuruk kat blakang buntut kite je. Takde la die tunggu kite je approach orang untuk dia~

Pastu nak jugak yang independent. Takde la asek harap kita je buat semua untuk dia. Sampai nak buat benda benda kecik pon, kita kene datang jauh jauh untuk buatkan untik si dia tuh~
huh.

Tapi, sekarang, yang dok sebelah aku ni takde la menepati ciri ciri yang aku nak sangat tuh. Kekadang aku fikir, maybe dulu aku takde pilihan. Dia je yang nak kat aku mase tuh..(adeh..isk issk..). So maybe aku terima dia sebab itu la last choice yang aku ader.

Masa kitorang ader problem sikit dulu, ramai je yang terus meng’offer’kan diri secara direct & indirect nak jadi pengganti. Calon calon tu pulak boleh tahan jugak la spec deorang. Ader je yang menghampiri kriteria yang aku dah tetapkan dulu tuh~ Tapi agaknya fitrah manusia berspesis lelaki ni, yang datang tegolek depan mata takdenye nak die peduli, yang susah nak dapat tu jugak yang nak dikejar~

Dan aku rasa, Allah pun maha kaya. Dia sayang lagi perhubungan kitorang. (pergh..ayat jiwang karat seyh~). Walaupon aku dah siap tanam dalam hati taknak berbaik dah ngan dia, tapi satu malam tu bila aku jumpa dia sebab dia nak pulang barang yang dia penah pinjam, terdetik kat hati aku nak maafkan dia dan berbaik balik~

Sampai hari, bila aku fikir fikir balik, aku rasa bersyukur. Sebab aku ada dia. Insyaallah~

Walaupun dia tu tak menepati spec yang aku tetapkan, tapi Allah tu maha kaya, maha mengetahui. Dia bagi bukan apa yang aku nak, tapi apa yang aku perlu~

Apa yang aku dapat, ialah seorang perempuan yang plain~ Tak banyak kerenah. Manja, tapi tak manja sampai mengada ngada. Lembut, tapi dengan aku je la, ngan orang lain nampak cam kasaq ketegaq je.. Tak suka shopping sangat. kalo shopping pun, beli yang patut patut je. Pendirian dia tetap. Seorang anak yang taat (yang aku nampak setakat ni la kan~). Pengasihan. Dengan binatang, dengan orang orang tua. Penyabar. Bila aku temper, dia tau camne nak handle. Tak terlalu sosial & jaga batas pergaulan. Kekadang clumsy, buat ape ape main hentam je..tapi aku suka je tgk perangai tak matang dia tu. Menghiburkan~

Dia pulak tak pernah nak kawal aku. Even kalo benda yang aku buat tu dia tak suka, dia cakap baik baik. Kalo dia nak tegur ape ape yang aku buat, banyak secara indirect, so takde la aku rasa malu sgt. huhu..

Itu la yang membuatkan aku rasa, aku dah buat pilihan yang tepat.

Dan aku tau, kalo mak baca entry neh, die akan cakap~
“Elleh..belum tentu jadi bini kau lagi~”

berserah je la pada takdir. Kalo dah memang jodoh kitorang kuat, insyaallah.
Tapi kalo tak, mak je la yang carikan.Letih dah nak cari..Duit pon da banyak abes dah~
Dapat bini cikgu pon oke je~
hahahahahaha~

Tapi make sure yang cun cun eh mak yeh?
Yeh?
Yeh?

Advertisements

6 thoughts on “Dream girl~

  1. “Masa kitorang ader problem sikit dulu, ramai je yang terus meng’offer’kan diri secara direct & indirect nak jadi pengganti. Calon calon tu pulak boleh tahan jugak la spec deorang. Ader je yang menghampiri kriteria yang aku dah tetapkan dulu tuh~”

    haaa..aku tau saper..hahaa~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s