23rd and counting..

Subhanallah..
sungguh, aku tak berniat.
Dan aku masih lagi dengan cara aku,
biar aku pergi,
biar aku sejuk sendiri.

Di satu sudut yang terang,
apa yang aku nampak,
ini adalah konflik.
Manusia tak boleh lari dari berhadapan dengan konflik.
Konflik selalunya berpunca dari perbezaan.
Perbezaan pendapat,
perbezaan tafsiran bagi setiap maksud setiap detik kehidupan,
dan perbezaan cara penerimaan sesuatu idea.
Dari konflik, ia bisa membawa kepada kesefahaman jika ia dapat diungkap dan ditafsirkan secara positif.

Di suatu sudut yang lebih gelap,
mungkin ia datang dari bisikan makhluk bertanduk,
dan mungkin juga darah muda yang meluap luap
.
Apa yang dapat aku lihat,
tiada lagi keterbukaan dalam penerimaan idea dan pendapat,
tiada lagi kebebasan dalam mengketengahkan idea,
Apa yang ada, hanyalah satu nilai,
yang mengatasi segala-galanya
‘veto idea’ yang memaksa penerimaan secara terpaksa
demi satu nilai yang merupakan sebuah pantang nenek moyang
yang menjadi tiket kemenangan bagi semuanya.

Subhanallah
Tunjukkanlah jalan yang benar,

Dan sehingga detik ini,
aku masih mencari jawapan,
jawapan kepada misteri yang telah terkubur,
dan hanya tinggal, tangapan, persepsi dan ideologi
yang aku, dia dan semua cipta,
konklusi yang entah dimana kebenarannya.

Kenapa mesti hari ini?
aku sepatutnya gembira.

Advertisements

3 thoughts on “23rd and counting..

  1. Kenapa hari nie kamu mesti gembira?

    Kerna kamu masih ade kawan2 bersama2 ngan kamu untuk menenangkan hati kamu yg duka dan berkongsi hati kamu yang suka…

    Leh main futsal sesame, bola sesame, CS sesame ngan lepak sesame…

    Kerna kamu membesar ngan kawan2 kamu…

    Tanpa kawan2 kamu siapalah kamu…

    So bergembiralah selalu kerna kamu masih ade kawan kamu…
    Dan kawan2 kamu masih ade kamu 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s