Kerana sebatang pen biru

little_girl_by_genevievealbert.jpg

Tak tau kenapa aku tetiba teringat..

Awal tahun 1992,
Blok C,

Kelas 1E

“Siapa yang takde adik beradik lain kat sekolah ni, datang ke depan. Cikgu nak bagi kad pungutan derma untuk Larian Jogathon sekolah kita nanti” Cikgu Shamsiah memekik

Maka hampir separuh pelajar dalam kelas tu bangun. Ye la kan, berapa kerat sangat la budak yang ada kakak atau abang yang sama satu sekolah. Mungkin masa tu, kawasan perumahan aku baru baper tahun je dihuni.Tak ramai budak budak lagi.

Beraturlah mereka tunggu giliran nak ambil kad derma dari cikgu. Sebagai saguhati, sebatang pen diberi kepada sesiapa yang dapat kad derma tersebut. Masa zaman sekolah rendah, kalau sesapa ada pen tu, memang hebatlah.Ye la. Hari hari tulis pakai pensel je. Cikgu tak bagi pakai pen sebab tulisan cakar ayam. Tulis pakai pen tak boleh padam

Aku?, tengok aje la. Memang dah cakap kat dalam perhimpunan, satu famili, satu kad. Mesti kakak dah dapat dah kad ni.Aku tak payah ambil dah.

Datang pulak seorang kawan

“Ko tak amik kad derma ke ojan?”
“aku ade akak la, mane boleh”
“hahaha..rugi la kau.lawa betul pen ni. Pen biru lagi”
“Mane aku boleh ambik..kang cikgu tau aku ade kakak, die kata aku tipu pulak”
“kau jangan la bagitau dia. Kau tak bagitau sape yang tau? Kau ingat cikgu tu tau sume ke? Janji nanti lepas kutip duit, kau pulang balik kad tu, dah la. Tak salah kan?”
”hmm..ok jugak tu..aku nak pegi jugak la”


Memang betul pon. Mana cikgu tau aku ader kakak. Seronok betul hari tu. Dapat pen biru!

Bermula hari tu, maka bertebaran la budak budak sekolah meminta derma di sekeliling kawasan perumahan. Dari rumah ke rumah sampai la ke kedai runcit nyonya. Aku masa tu bukannya berani sangat nak kutip derma. So aku ikut la kakak pegi rumah ke rumah. Tapi sebab aku ikut kakak, kakak je la yang dapat. Aku tak dapat pon.

Nak dijadikan cerita, kad si kakak ni dah penuh. Tapi banayk lagi tempat dia nak kutip derma nih..

“Abang, kad ni abang bagi kat kakak jela”
“mana boleh. Ni kad abang”
”Ala..abang bukannya isi pon. Tu yang ada tu pon, mak yang bagi. Satu ringgit je”
”Nanti cikgu maraahh..”
“Takde punye.. abang cakap la abang bagi kat kakak”


Datang pulak emak, sokong la pendapat si kakak ni..

“Ala..abang bagi je kad ni kat kakak. Takkan cikgu nak marah pulak. Kita dah bagi duit kat dia”

Bila mak dah cakap, aku tak pandai nak membantah.Nak taknak, kena ikut jela.Rasa risau tu jangan cakap la. Nak membantah, memang tak boleh. Aku bukannye jenis membantah. Lagi la pulak nak defend diri..

Hari beganti hari, masa untuk kutipan kad semula dah sampai. Aku panik. Memang dah tak tau nak buat apa..Bila cikgu panggil untuk minta kad

“Fawzan. Mana kad kamu”
“err..hilang cikgu”
“haa..macamana boleh hilang?”
“saya tak ingat cikgu..”
“awak cakap betul betul. Mana kad awak”
“saya tak ingat cikgu”
”kalau awak tak cakap betul betul, cikgu kena report polis. Sebab ni kes yang libatkan duit”

Aku dah mula panik,polis tuu..ade pestol!..menggelabah, dah nangis dah pon..

“Kad saya, kakak saya ambik…”
“awak kata awak takde kakak..?”
“huuu..saya nak pen tu je cikgu…”

Berang la cikgu tu sebab kena tipu. Marah betul. Sampai cikgu buat pengumuman kat kelas, jangan jadi penipu macam aku. Satu minggu aku kena pulau dengan kawan kawan.

Budak sekolah kan, dengar aje ape cikgu cakap.

Selepas tu aku dengar, kakak kena puji sebab pungutan derma diantara yang terbanyak. Dan aku pulak, kena keji sebab tipu cikgu. Hanya kerana sebatang pen biru.

Sampai sekarang cikgu Shamsiah ingat kat aku..

Advertisements

4 thoughts on “Kerana sebatang pen biru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s