Gambaran Diri..

dscn1266.jpgYang mana menggambarkan diri anda ?

.:: TANAH ::.
Personaliti tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April – 20 Mei), Virgo (24 Ogos – 23 September) dan Capricon (22 Disember – 20 Januari).

  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan
    material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan personaliti tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi personaliti tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

.:: API ::.
Personaliti api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac – 20 April), Leo (24 Julai -23 Ogos) dan Sagittarius (23 November – 21 Disember).

  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
  • Personaliti api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

.:: ANGIN ::.
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei – 21 Jun), Libra ( 24 September – 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari – 19 Februari).

  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

.:: AIR ::.
Personaliti air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun – 23 Julai), Scorpio (24 Oktober – 22 November) dan Pisces (20 Februari – 20 Mac).

  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Advertisements

6 thoughts on “Gambaran Diri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s