Telling without telling

Orang kata.
Adik beradik adalah tempat simpanan rahsia yang paling selamat..
Orang kata la.
Bukan aku yang kata..

Kecik kecik dulu, aku bukanla baik sangat.
Aku, nakal & kreatif (in package laa..heh heh).Tapi se-kreatif aku ni, selalu kantoi ngan si kakak kalau buat menda-menda nakal ni. Kekadang tu, puas aku pujuk dia soh simpan rahsia.

“Jangan bagitau mak !”
pergh..mak gua garang beb..singa pon lari kalau tengok dia marah ! hehehee

Tapi la kan..memang dah nature si kakak ni, akan laporkan secara lengkap setiap event nakal yang adik dia anjurkan..Maka di setiap kali tu lah aku akan kena kejar satu rumah, kena cubit, kena macam macam la. Tapi tak serik serik.

Bila dah besar panjang galah ni, lain pulak cerita dia. Kes yang sama tapi kategori yang berbeza. Kadang kadang aku perlukan pandangan seorang perempuan separa matang atas sesuatu perkara tu. Tapi kekadang, aku taknak la perkara tu mak tau,..Aku ingat dah besar panjang ni, aktiviti penyampaian laporan lengkap dah takde dah. Tapi lately, aku sedar yang mak banyak tau menda2 yang aku tak bagitau dia..Geram je rasa..tau dah kejer sape..

Tapi bila aku fikir fikir balik, buat apa la aku nak geram geram kalau tu dah memang nature dia kan? So aku cuba aplikasikan dia ke arah yang untungkan dua dua pihak..Win win situation

Aplikasi aku ni boleh dikatakan diuji dan mmg berkesan..

Aku bagitau dia aku tengah adjust 3 orang pompuan utk pilih jadikan steady..dan keyword akhir..

”jangan bagitau mak tau!”

Dan, seperti yang aku jangka, mak tau..heh heh..
Tapi kali ni aku tak marah bila mak tau, sebab aku dah tau cara macamana nak bagitau mak tentang sesuatu (yang aku sendiri malu nak bagitau) tanpa aku sendiri bagi tau..

Haaa..that’s it!
Telling without telling!

Advertisements

2 thoughts on “Telling without telling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s