Publishing the unpublished..

don't look back

satu post yang aku tak publish sebelum ni atas sebab sebab tertentu..
kira macam siaran tertunda la..

* * * * * * *
bila aku bangun pagi harini..
tak tahu kenapa,
perasaan tu datang tiba tiba..

aku rasa aku dah letak maruah diri di takuk yang paling rendah..
demi mencari sesuati yang aku belum pasti milik aku..

Bila bapak tiada,
aku rasa serba kekurangan.
aku rasa terlalu banyak yang aku hilang
aku rasa kurang pelindungan
aku rasa tak selamat..
hilang semangat

simpan sahaja simpati yang datang
sebab bukan itu yang aku mahu & perlu..

dan kerana perasaan ini,
aku cuba keluar dari sini,
cuba mencari sesuatu yang boleh mengisi ruang yang tertinggal kosong..
aku mula mengharapkan kasih dari orang lain..
kawan kawan sekeliling..
dan dari seseorang yang setia ada di sisi..

aku mula letakkan harapan.
aku mula bina kesetiaan & kepercayaan

walaupun ramai yang datang menduga keimanan
..

dan sejak itu, aku mula dapat balik hidup aku..
aku mula besemangat untuk hidup..

hidup yang berwarna warni..
aku gembira disaat itu..
dan mungkin boleh dikatakan, aku agak bahagia..

tetapi,
bila aku sampai di satu titik, suatu ketika
bila aku letakkan kepercayaan penuh,
kasih dengan hati yang penuh,
ia seakan akan cuba pergi, tinggalkan aku sendiri..

kerana takut kehilangan,
aku merayu,
aku letakkan ego & harga diri di takuk yang paling rendah..
terlalu rendah..

dan
Ramadhan ini banyak mengajar aku
erti kasih sebenar
erti ketenangan
erti setiap saat kehidupan..
erti ramadhan sebenar

mugkinkah aku ketemu ramadhan yang seterusnya?

Mungkin tempat aku bukan disini,
mungkin aku perlu pergi..

cinta itu suatu pelaburan,
bukan harta & wang ringgit yang aku laburkan.
tapi hati, masa dan jiwa..

mungkinkah ia satu pelaburan yang menguntungkan?

* * * * * *

Disini, aku nak berterima kasih kepada kawan kawan,
atau lebih sesuai aku gelar sahabat,
yang selalu dan tetap disisi,

Marwan,
Terima kasih banyak.
kau banyak tenangkan aku dan selalu,
Maaf kalau kau dah bosan dengan cerita aku.
aku tak tahu, boleh ke tak aku buat
macam yang kau nak aku buat.

er..nanti aku beli keter besa2, next time
ko bleh bawak kakak ko satu family
ahahaha~

Fatin.
Aku mintak maaf kalau kau ade terasa hati dengan aku,
tapi kekadang memang aku suka menyakat kau..
ingat..hargai ‘kawan’ yang selalu ada sebelah kau.
kawan la sangat..nak kena pukul neh!

Nina puding & Nana tokatoka
Thanx.Korang selalu buat aku tersenyum.

special to nina a.k.a puding:
sori kalau aku ada buat ko kecik hati.tapi aku mmg suke panggil ko cipuding..
gelak la kuat2 lg dalam kelas..nnt aku pangkah ko lagik..

Abe

Terima kasih banyak banyak.
aku tau kau faham aku..

Farahdilah
Thanx. Banyak betulnye apa yang fara cakap.

Azila Saniman
Thanx for ur advice.
aku tak tau bape lame aku boleh tahan.
mungkin aku takder luck dalam menda2 ni..

Dah dapat kejer, jangan lupe belanja aku makan nnt.

Akish
Maybe nasib kita sama.
tapi aku tau ko boleh sabar
dan aku harap aku boleh sabar macam yang aku harap kat kau.

Apis, Kalab, Shapik sarip, Zul aspar, Adam, Aru, Farok, Kemek.
korang ler member aku paling wrok!

Dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Maafkan aku,
Zahir & Batin.

*     *     *     *     *     *

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang telah dilupakan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya…
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…

moga akan kembali ceria kehidupannya nanti…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s