kehidupan cinta..

ibarat jigsaw puzzle
yang terlalu banyak kepingannya..

diawal permainan,
kita dengan begitu semangat untuk siapkannya.

Kita cari dan kutip satu persatu,
cantumkan
dengan harapan suatu hari nanti,
ia akan siap dicantum
dan gambarannya dapat dilihat dengan jelas dan sempurna..

Tetapi

tatkala sedang kepingan kepingan itu dicantumkan,
adakalanya kita mungkin terkeliru
dengan kepingan kepingan
yang kelihatan hampir sama bentuk dan gambarannya.

Dan kita terus cuba menyesuaikannya..
Tekan sehingga ia padan..
tetapi apabila ia sudah dipadankan,
kita mula sedar yang gambarannya tidak berkesinambungan..

Oleh sebab kesilapan ini,
tanpa sedar kita telah merosakkan kepingan itu
dan jika terlalu kerap ia berlaku,
mungkin ia bisa merosakkan gambaran keseluruhan puzzle itu.

Mungkin juga bisa terjadi,
apabila ia hampir selesai,
beberapa kepingan terakhir hilang..
Mungkin dikala ini kita bisa menyalahkan kecuaian satu sama lain,
dan kepingan itu terus hilang entah kemana

jika masih ada sisa semangat itu,
kita mungkin akan mencarinya bersama
tak kira dimana sahaja.

jika semangat itu telah pudar,
mungkin ia akan dibiar dan ditinggalkan begitu sahaja..

Namun
Jika ia dapat disiapkan..
Ia mungkin akan menjadi satu kepuasan dan kegembiraan,
malah mungkin menjadi tatapan sehingga ke akhir hayat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s