Stolen from Aida

Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata
kail, hendaklahkamu mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih
hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya….
janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu
sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi diamengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia tegitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang terimalah seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal….

hmm..
Points well taken

Advertisements

One thought on “Stolen from Aida

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s