D.I.Y.lah

Pernyataan masaalah

Rumah anda sedang diubahsuai. Oleh kerana anda sahaja yang sedang bercuti di kala ini, maka anda ditugaskan supaya menunggu dan menjaga rumah dikala pekerja ubahsuai rumah sendang menjalankan tugas. Disebabkan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas anda, anda tidak mempunyai keyakinan untuk keluar meninggalkan rumah walaupun untuk pergi membeli makanan.

Objektif

Membuat sesuatu aktiviti yang membolehkan perut kenyang disamping memenuhu kehendak perut yang agak dahsyat sejak kebelakangan ini.


Hipotesis

Semakin lapar seseorang itu, semakin ligat kepala hotaknya memikirkan apa yang boleh dimasak dan dimakan.

Radas

1) Peralatan:

Kuali, mangkuk, dapur gas,senduk, sudu, garfu, pinggan

2) Bahan Kimia

Telur, roti, minyak masakan, cuka, sos tiram dan lada sula

Cara Kerja

  1. Ambil telur secukup rasa, pecahkan kedalam manguk. Jangan pecahkan mangkuk.
  2. Campurkan cuka, lada sula, sos tiram dan kacau hingga sebati dan puas hati.
  3. Ambil roti sesedap hati dan potong kepada bahagian kecil. Adalah disarankan jika dipotong kepada 4 (empat) bahagian.
  4. Celupkan kedalam campuran telur itu tadi sehingga ia dapat menyelaputi seluruh permukaan roti.
  5. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masakan kedalam kuali.
  6. Goreng roti yang dicelupkan dengan telur itu tadi sehingga setengah hangus tetapi janganlah sampai hangus.
  7. Roti sedia untuk dimakan begitu sahaja.Cadangan Hidangan: Disediakan bersama sama apa sahaja sos yang terdapat di rumah anda
  8. Dan akhir sekali, jemputlah sesiapa dirumah anda untuk menikmati hasil ujikaji jika tidak takut dimaki oleh kerana kepelikkan rasa yang tidak dapat dijangkakan.

Perbincangan.

Didapati dengan penggunaan minyak masakan yang banyak akan menjadikan roti tersebut sangat berminyak dan ini adalah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

Penggunaan cuka menjadikan roti anda berasa agak pelik, tetapi mungkin sedap dimakan oleh penggemar masakan masam dan mungkin ibu yang mengandung.

Adalah diingatkan bahawa pemilihan bilangan roti yang sesuai adalah amat penting kerana dengan bilangan roti yang sedikit tidak akan mencapai objektif utama iaitu memenuhi kehendak perut yang dahsyat, dan penggunaan roti yang berlebihan akan megakibatkan berlakunya fenomena kemuakkan dan kemengahan. Oleh itu bilangan roti yang dipilih hendaklah optimum.

Seperkara yang paling penting, hendaklah mengemaskan segala peralatan bagi mengelakkan kehadiran cik tikus yang menjadikan kuali anda sebagai lapangan tarian ballet-nya serta bagi mengelakkan telinga anda daripada haus dan kemerah merahan mendengar leteran si ibu yang masih tidak hilang kepenatannya mengemas dapur sebelum penggunaan anda itu tadi.

Kesimpulan.

Penggorengan roti bersama telur mampu memenuhi kehendak perut yang dahsyat sekiranga bilangan roti optimum dipenuhi. Kadar penggunaan minyak masakan adalah berkadar secara terus dengan peningkatan kemuakan keatas masakan. Maka semakin banyak minyak masakan digunakan, semakin cepatlah anda muak dan semakin cepatlah roti itu dicampakkan kedalam tong bagi mengelakkan leteran si ibu yang cuba mengketengahkan isu pembaziran semasa.

Penggunaan sos tiram yang berlebihan juga boleh meningkatkan kemasinan roti anda. Oleh itu penggunaan sos tiram hendaklah dihadkan kepada jumlah yang optimum.

Advertisements

One thought on “D.I.Y.lah

  1. woi… ko gile hape, letak cuka… ade ke… ala, masak maggi je la, risau lak aku dgr ko memasak nih… heheh :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s