Mahu

Bila kita dapat apa yang kita nak
tapi bukan yang kita perlu
Bila kita dapat apa yang kita perlu
tapi bukan yang kita mahu
Bila kita dapata apa yang kita mahu
tapi sebenarnya kita pun tak tahu apa yang kita benar benar mahu.

Hidup kadang kadang macam naik bas.Bila kita beli tiket bas,itu bukan lagi jaminan kita boleh sampai ke tempat yang kita nak pergi dengan selamat tanpa sebarang masaalah.
Mungkin dalam perjalanan, bas yang kita naik tu rosak di tengah jalan dan terpaksa menunggu ia diperbaiki dan akibatnya kita tiba lewat ke destinasi yang kita tuju. Mungkin juga terjadi bas yang kita naik tu, air-cond dia rosak dan akibatnya kita terpaksa bertahan dengan keadaan bekuap-kuap dan lagi malangnya, bas tu pulak bocor atapnya. Takder air-cond, diganti pulak air hujan yang keluar dari vent. Mungkin juga boleh terjadi, tiket yang kita beli tu, tiket palsu. Dan semuanya ini akan menyebabkan perjalanan kita ke tempat yang kita mahu itu lebih menyusahkan dan memenatkan.Tapi bila kita dah sampai ke tempat yang kita tuju, semua kepenatan tu hilang dan digantikan dengan perasaan gembira sebab kita dah sampai ke tempat yang kita tuju.

Begitu juga masa tunggu bas.Kadang kadang, bila ada satu bas yang buruk lalu, kita tak tahan dengan alasan kita nak tunggu bas yang lain yang lebih elok. Seketika kemudian ada lagi satu bas yang elok, berhawa dingin, tapi agak ramai penumpang di dalam, dan kita ambil keputusan untuk tunggu lagi bas yang lain. Tapi akhirnya bas yang kita tunggu tu tak sampai. Cuaca pulak semakin tak berapa baik. Hujan. Akhirnya kita terpaksa naik apa sahaja bas yang lalu bagi mengelakkan dari hujan. Dan pada ketika ini mungkin bas yang kita naik itu lebih teruk keadaannya dari bas bas yang kita tolak untuk naik tadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s