Sibuk..

Macam nak pecah kepala.
3 killer subject punya test sekali harung. Starting ngan jumaat malam, Fluid Mech II, ahad pagi, Strength II, dan semalam, Thermodynamics II. Kalau jumpa senior memang deorang cakap kitorang gila khinzir. Ambik tiga subject part II sekaligus. Yang ambik 2 subject tu pon ader yang nyawa nyawa ikan. Ape lagi la kalau ambik 3 sekaligus.Aku jawab senang je.

“Kitorang bebudak bahan memang survivor. Pantang mengalah..”

Heh..cakap..pakai air liur memang la senang..

Hari ni lega sikit. Lepas habis test semalam, ringan sikit kepala rasanya..
Bilik dah macam tongkang pecah.Bau tu jangan cerita la, masam, kepam semua ada. Tak sempat nak kemas. Baju nak basuh penuh sebakul.

Baru lepas board meeting td. Materials club. Sasau jugak la jadinye. Selama ni aku buat tak kisah je. Ye la..ikut arahan je. Deorang suruh berlari, aku lari. Deorang suruh merangkak, aku suruh deorang merangkak dulu..hahaha..La ni aku yang kena bagi arahan. Dengan anak buah yang banyak kerenahnya.

Committee member dalam kelab aku ni ada 9 orang je termasuk aku la. 8 daripadanya member sekelas aku dan sorang lagi amoi cina junior.Si amoi ni , bila aku tanya bila ada masa free nak suruh buat kerja, tak pernah ada masa free nye.Sibuk memanjang. Nak ngelat la tu.Aku dah takleh buat apa. Kena tegas sikit.

“This is not a favour. This is an order. I dont want to hear any excuses.FULLSTOP”

Tau dia diam.Mengalah.
ceh..cam serius+garang je aku ni..
Member member tengok pon tahan gelak jer..lepas abis meeting tesembur abis semua.Nasib baik deorang pandai kontrol serius.Kalau deorang gelak dalam meeting, mau aku tergelak sekali.Saje je buat gitu. Dah junior nak tunjuk terer sangat. Dia ingat dia sorang yang sibuk tak tido malam. Piiirah..

Kejap lagi nak pegi pejabat HEP. Cuba nak daftar kelab bawah HEP sebagai kelab bebas.
Sebelum ni kelab bersekongkol dengan 2 kelab yang lain bawah satu nama. PETERA. Stand for PErsatuan kejuruTEraan jenteRA.Tapi since masa zaman kepimpinan seorang makhluk perempuan berbangsa india yang gila nama aje dan tak buat apa apa, kelab tu jadi senyap sepi, tak dengar cerita. And the latest one, ada rumours cakap PETERA dah kena bubar. Perwakilan mahasiswa datang cari aku, advice daftar kelab direct bawah HEP. On the same time, aku ngan vice president secara automatik jadi rakan exco majlis perwakilan mahasiswa.

Yang last tu yang aku tak berapa suka.Bila dah jadi rakan exco, makin dekat la jadinye ngan MPM ni. Actually aku tak berapa suka dengan pucuk pimpinan MPM yang ada sekarang, sebab deorang ni ada kaitan dengan parti politik luar.Tak best la macamtu kan..?

Dan yang menjadi masaalah kat aku sekarang ni ialah, jawatan penasihat kelab yang masih dalam kekosongan lagi.Ketua jabatan dah bising dah.Dr. Astuty dah tolak, dan yang tinggal sekarang, Dr. Rafiq. Dr. Rafiq ni pulak, punye la susah nak jumpa dia. Cam nak jumpa menteri besar je rasa. Sampai harini, tak berbalas lagi memo yang aku tinggal kat pintu bilik dia.

Nak je aku cabut pintu bilik dia tu. Nanti lepas tu biar dia pulak yang cari aku. Puas hati..

Bila aku sibuk-sibuk macamni,
bila aku mengadap soalan-soalan test subject killer tu,
bila aku mengadap lecturer tu, proffesor ni, doktor tu, Prof.Madya ni..

aku mula terfikir..
siapa la agaknya aku ni 5 atau 10 tahun akan datang.
macamana la agaknya keadaan aku waktu tu.
dapat ke aku kejar impian aku..
dapat ke aku buat sesuatu yang aku betul betul minat..
macamana keadaan keluarga aku, adik beradik aku,
mak, kakak, adik, uda..

Huhh..
Kita tunggu dan lihat..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s