Babi

Kau tau ape itu babi?
Babi atau dalam bahasa halusnya, khinzir ialah sejenis haiwan ciptaan Allah, yang dikelaskan sebagai najis mughalazah atau najis berat dalam Islam.Jika seorang islam itu,terpegang,tersentuh,apatah lagi tercium dan terpeluk seekor babi,serta apa sahaja yg berkaitan dengan makhluk Allah itu,maka hukumnya, perlulah disamak bahagian yang berkaitan itu.

Kalau termakan, kau samak la semua sistem pencernaan kau..Makan tanah la kau..

Namun perlu diingat, babi itu juga ialah makhluk tuhan. Jika seorang islam itu memberi makan atau minum kepada seekor babi yang dahaga atau kelaparan, ia bukanlah satu kesalahan yang besar bahkan ia adalah satu perkara yg baik sebab membantu makhluk Allah yg dalam kesusahan.

Kalau ada seekor babi melintas jalan, berilah ia satu lintasan
kalau ada seekor babi nak berlari, biarkan ia berlari
Kalau ada seekor babi sedang makan, jangan la kacau die..

Pendek kata, babi ini masih lagi seekor makhluk Allah..
Yang haram cuma sentuh,peluk,cium dah seangkatan dengannya terhadap babi itu sendiri dan segala buangannya

Namun, tetap ada yg salah anggap terhadap makluk Allah ini. Mereka memandang hina kat semua keturunan babi..

Bayangkan betapa malunya seekor anak babi hingga tertunduk ketika berjalan apabila tahu orang semua panggil mak dan ayahnya ‘babi

Bagi mereka ini,apa saja yg berkaitan dgn babi itu haram, ..

Contohnya..
Ibu bapa zaman millennium sekarang ni..

Cuba kalau anak dia sebut tenuk ke, tapir ke,lembu ke, gajah ke..Deorang buat tak kisah je..

Cuba kalau anak dia sebut..

“…babi”

huish..
Pantang nenek moyang..
Mau makan penampar/kena cili mulut anak dia tu..

Mulut cabul katanya..

Kenapa eh?
Haram ke sebut babi?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s