Sahabat

“aku nak balik KL ni..Kau nak follow tak?”
“kau sampai KL nanti balik selayang camner?”
“balik sendiri la..”
“aku ambik..aku ambik..”
“aik?..kau kat mana ni? bila ko balik KL?”
“heh..nanti la aku citer..”
“weh..apasal ko ni?”
“nanti laaa aku citer..”

* * * * *

“haa..skang citer kat aku..apasal ko balik awal..ader problem ke?”
“aku dah kene buang..”
“haa?..apasal..? teruk sangat ke pointer ko tu?”
“ntah la..aku pegi jumpa TDA aritu, dier cakap dah takleh tolong dah..”
“abis tu ko tak tanye pape dah? ko blah camtu je?”
“Die dah halau..aku blah je la..”
“abis..ko nak buat ape skang?”
“aku nak keje aa..”

Memang aku terkejut. Aku taktau pulak yang fakulti kat UTM ni pakai prosedur berbeza. Setau aku, kalau ikut fakulti aku, kalau pointer student teruk sangat, dia akan direhatkan 1 semester dulu. Pastu diberi peluang 1 semester. Kalau kantoi gak, baru tendang. Ni tak, takde warning tader ape, tau tau..’babai’..

“Nanti dulu..aku tanak ko abis macam ni jer. Kau cuba la apply memana. Tak kisah la. Poli ke ape ke..Janji ko blaja lagi. Jangan give-up macam ni jer. Mungkin luck ko tader kat UTM, tapi mana tau ko leh perform better kat tempat lain. Ok, camni la..aku try tanya kat lecturer aku camne nak transfer masuk UTM KL wat diploma. Aku penah dengar kes camni, deorang transfer kredit ke program diploma. Mungkin kau pun boleh buat camtu jugak. Aku rasa next intake bulan 6 ko leh join skali. Skang ni ko kejer aa dulu memana. Cari duit baya hutang PTPTN. Kalau ader lebih, buat saving. Buat la macamana pon. Tapi yang aku tau..aku tanak ko berenti blaja”

huh..aku pon tak sangka aku bleh berleter camtu skali.Dia diam je. Mungkin tekejut dengar aku berleter. Mane taknye..member yang pendiam (ecece..) dah berleter..panjang plak tu..

Tapi memang ikhlas dari hati, aku tanak dier give up blaja camtu jer.
Ikhlas sebagai seorang sahabat..

‘Sahabat..Aku taktau apa masaalah kau.Aku taktau apa perasaan kau,sebab kau tak pernah cerita semua tu. Tapi aku tau kau ada masaalah.Aku tak kisah ape masaalah kau.Yang aku tau aku nak kau bangun, terus belaja. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Tapi bagi aku kau tak gagal.Kau tak mungkin gagal. Gagal hanya bila kau tak bangun dan give up. Mungkin sini bukan tempat kau. Rezeki kau tak ada kat sini. Aku taknak ada antara sahabat sahabat aku tak kemana. Percayala sahabat. Kau boleh. Kalau kau susah, ada masaalah aku sentiasa ada kat sini. Aku cuba apa yang termampu’

Advertisements

2 thoughts on “Sahabat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s