Bila

bila air mata tak mampu menggambarkan kesedihan
bila diam tak mampu menggambarkan kesunyian…

tertunduk sendiri
dinginnya sedingin salji
tatkala ku berdiri di terik mentari

“Adik duduk dalam kereta sekejap ye..bapak nak pegi ambik barang dekat emak”
“Adik nak ikut…”
“Adik tak usah la ikut..bapak nak bawak barang ni”
“Adik nak ikut jugak…!”
“Adik..adik nakal nakal la..nanti bapak bagi kat sodok”
“Taaaknaaak..adik nak ikut..waaa…adik nak ikut bapak…”

* * * *

“Adik..lepas ni bapak dah tak boleh panggil adik “adik” dah tau..”
“apasal pulak?”
“Adik dah ada adik tau…ni haaa..dalam perut mak ni..”
“abistu nak panggil apa?”
“panggil abang laa”
“abang eh…mmm..ok”

* * * *

“Abang..”
“ape die?”
“abang boleh bawak kereta tu tak?”
“yang mana satu?”
“proton saga kaler biru tu..abang pegi bawak dia isi minyak..boleh?”
“mmm…boleh kot..meh kunci”

* * * *

“bapak..abang ter’drill’ kat wayar elektrik..nak buat macamana ni?”
“mmph..yang ni..panggil wireman pon dia taknak buat..kita buat sendiri jer”
“kita…bapak buatkan laa..abang takut”
“abang buat la..senang jer tu”

* * * *

“bapak..abang dah sampai kat pudu ni..kat tepi seven eleven tu”
“dah sampai ke..kat mana..tak nampak pon?”
“bapak kat mana ni?”
“kat tepi seven eleven tu la..”
“eh? bapak dah sampai ker…hehehe..jap jap..abg belom sampai lagi..baru nak masuk jalan hang tuah”

* * * *

“bapak..abang pening kepala la..bapak belikan air kelapa boleh?”
“abang makan ubat tak baik baik lagi ker?”
“tadi dah baik dah..pastu demam balik..”
“mm..nanti bapak belikan”

* * * *

“bapak..abang nak balik laa..orang semua dah start kelas..tak suka laa first week tak datang”
“abang kena la minum 100 plus tu banyak banyak. Baru boleh baik..”
“dah banyak dah..adik dah boleh keluar..abang tak boleh boleh lagi..”
“nanti esok lusa ok la tu..abang duduk la kat sini dulu..abang nak makan apa apa?”
“ntah..tak lalu la..”

* * * *

“bapak rasa penat la..jalanpon dah senget senget dah ni ha..”
“bapaaak..bapak penat kee..?”
“kenapa?”
“bapak antar abang balik JB esok boleh tak..kengkawan dah pesan ada banyak kerja laa”
“mm..abang nak balik esok..? Abang dah betul betul ok ker..?
“abang dah ok dah..dah takde paper..”
“mmm..tengok la.. esok nanti bapak hantar…”

* * * *

“Abang..ni bapak nak balik terus ni..”
“bapak nak baju sejuk ke?”
“tak payah laa..”
“abis kalau sejuk nanti?”
“bapak berenti berenti la..”
“takpe ke ni?”
“takpe..abang belum sembahyang kan?..pegi sembahyang. belajar elok elok..kalau tak sihat telefon..”
“ok..”
“abang dah ada duit kan?”
“dah..dah bagi tadi kan..”
“bapak balik dulu la..”
“ok..”

* * * *

dan itu adalah yang terakhir dan penamat
dan hanya yang tinggal..
kenangan..
semangat
dan mungkin sebuah pesanan

abang..
lepas ni abang kena jalan sendiri..
abang kena jalan teruss..
tak kira sejauh mana jalan tu pergi..
abang kena bawak mak,
bawak kakak, adik, uda..
bapak boleh teman abang sampai sini saja
abang anak lelaki kan..

Advertisements

One thought on “Bila

  1. hi jan
    nih akak yulilah….
    sabar banyak2 yer… pojan dah dewasa dan jadi ketua dlm keluarga so kena rasional dan matured jgn terlalu berfikir yg bukan-bukan dan yang penting selalulah call mak sebab sekarang nih dia paling perlukan sokongan daripada anak2 especially mcm pojan, kakak an jauh so susah sket.
    Yang paling utama banyak2kan sembahyang dan berdoa untuk arwah bapak coz itu shj cara utk jan nak balas jasa baiknya selama ini
    dan kalau apa-apa jgn simpan dalam hati luahkan supaya release sket stress dan boleh study.. kalau segan nak story2 ngan akak atau keluarga lain boleh cuba cari kawan or mcm yg jan dah buat tulis dlm your journal, its help you alot…oklah actually akak first time buka web site jan nih and akak juga dpt rasa apa yg jan rasa but maybe its not as same as your feeling…anyway… be tough ok.
    love
    kak yuli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s