Bermunajat ku sepertiga malam
Memohon restu dari-Mu Ilahi
Berikanlah aku sinar petunjuk
Yang akan menyuluh suram hidupku
Pabila hati dipalit gelita
Jalan yang hina menjadi pilihan
Walaupun tahu mengundang bencana
Namun semuanya sudah terhijab
Tuhan dengarkanlah
Ku ingin kembali
Terimalah
Rayuanku
Kerna sesungguhnya
Kaulah yang pengasih
Dan kau jua
Maha penyayang
Pabila kelam kini menjadi jernih
Telah nyatalah jalan yang terang
Akan ku redahi walaupun berliku
Hingga ke titis darah terakhir
Ust Mohd Huri,
19 Feb 2012, Khalifah Seni
* * * * * *
Diri ini pernah bertanya
dari mana datangnya sebuah penulisan
dan seorang hamba Allah pernah berkata kepadaku
tulislah dari hati
kerna hati tidak pernah menipu
yang ada cuma diri yang menipu hatinya sendiri
kerna datangnya sesebuah penulisan dari hati
sering juga manik halus gugur dari mata
yang aku sendiri tak tahu dari mana
dan apa sebabnya.
Dan sesungguhnya
Jernih sinar Mu ini
Ada sedikit memberi kesan
Yang mampu menggugurkan manik halus itu
Adakah penglahiran senikata
Si penulis ini ikhlas dari hatinya?
Nyata semuanya
Adalah semata mata kerana Nya.
Tuhan yang satu.