Ya Allah,
ampunkanlah dosa ku,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
ampunkanlah dosa isteri ku,
ampunkanlah dosa adik beradikku dan seluruh kaum keluargaku,
ampunkanlah dosa guru guruku,
ampunkanlah dosa sahabat sahabatku,
dan ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat
Ya Allah,
Tetapkanlah kami dalam iman Mu
Janganlah Kau pesongkan kami dari agama Mu,
Dan kurniakanlah sifat ketaqwaan kepada kami dalam rahmatMu
Ya Allah,
Sesungguhnya tiada apa yang kami harapkan
dalam pusingan hidup ini
melainkan rahmat dan redha Mu
oleh itu ya Allah,
berkatilah hidup kami,
limpahkanlah rahmat dalam diri kami
dan jauhilah kami dari perkara yang kau mungkari.
Ya Allah,
Satukanlah hati hati kami
Hindarilah perpecahan di kalangan kami,
Dan elakkanlah perasaan syak wasangka di dalam sanubari kami.
Ya Allah,
Sekiranya satu hari nanti,
Kami terleka dengan nikmatmu,
Kami lalai dalam mengerjakan amanahmu,
Kami lupa akan tanggungjawab terhadap Mu,
Janganlah kau terus biarkan kami di dalam kesesatan,
Dan kurniakanlah hidayah Mu agar kami kembali ke dalam cahaya kebenaran.
“Wahai Tuhan
selamatkan umat ini,
dari kecelakaan dan segala kecelaan. Dari kebimbangan dan keluh kesah ya Allah,
Perkenankan doa kami ya Allah”
Sesungguhnya
langit kelam dikala malam,
Hanya bulan nampak cerahnya
Namun yang pasti,
bintang itu sentiasa ada
Walau tidak nampak dilihat mata
Bersabarlah wahai sahabat
Posted with WordPress for BlackBerry.

In English, sorry. I really love this image. So strong and powerful, yet beautiful too.